jombalun.blogspot.com

Sunday, 20 November 2011

Slogan 'Indonesia Bisa' tiru 'Malaysia Boleh'

Sukan SEA di Indonesia sekarang menjadi medan segelintir rakyat Indonesia mengutuk dan membenci rakyat Malaysia. Kita pun tak faham kenapa jadi begini. Kerajaan Indonesia sendiri patut malu kerana gagal dalam mengawal media dan membentuk segelintir rakyat mereka ini agar menjadi rakyat yang bertamaddun. Kita disini membantu rakyat mereka mencari makan tetapi disana kemunduran menyebabkan rasa iri hati dan cemburu kepada orang2 Malaysia. Apa pun bukan semua rakyat Indonesia perangainya begitu. Ataupun ...
APA KAH INI MEMANG PERANGAI MELAYU?
Di Malaysia pun ada Melayu yang perangainya sama seperti disana, Melayu PAS dan Melayu PKR cuba menjatuhkan Melayu UMNO dan membuka ruang kepada warga bukan melayu untuk berkuasa. Ada juga Melayu masuk parti DAP, Kerana apa? kerana rasa iri hati dan cemburu atas kejayaan orang lain.

Kita ambil contoh Anwar Ibrahim (B apa A nwar B in I brahim = Indonesia singkatannya BABI), apabila berkunjung ke Indonesia sering mengutuk Negara Malaysia, kutuk Batik Malaysia, Kutuk layanan kita kepada orang gaji indonesia, kerana apa? kerana iri hati dan cemburu terhadap orang lain yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Agaknya rakan2 Anwar disana masih berharap Anwar dapat jadi Perdana Menteri kerana jutaan wang Malaysia dalam nilai RM500 dan RM1000 milik Anwar yang disimpan mereka tidak dapat digunakan, kalau Anwar jadi PM dia akan bolehkan tukaran itu.

Kebelakangan ini di Stadium Indonesia slogan 'Indon Bisa' pula kita lihat, agaknya cuba nak tiru slogan 'Malaysia Boleh'.
TETAPI lain pula di Malaysia, Anwar dan Melayu PKR serta Melayu PAS ada slogan mereka, iaitu 'Malaysia Tidak Boleh' untuk apa saja yang hendak dibuat oleh Melayu UMNO.

Sunday, 13 November 2011

Tugu Negara tidak kenang Perajurit Melayu

Tiada nama perajurit Melayu, Cina atau India dipahat.
Semalam kekecohan dan pergaduhan terjadi di Johor apabila Pakar Barang Purba PAS iaitu Mat Sabu hendak mengadakan ceramah disana. Kemarahan rakyat terhadap Mat Sabu memang ketara walaupun banyak isu isu  baru timbul namun isu Mat Sabu sokong Komunis tetap tidak dapat dilupakan.

Dalam kemarahan rakyat terhadap Mat Sabu ini terdapat juga segelintir penyokong PASyang bersimpati kepada beliau. Apa tidak nya, ada penyokong2 mengatakan bahawa

"sekurang2nya Ustaz Mat Sabu perjuangkan orang Melayu di Bkt Kepong walau pun ianya komunis (Mat Indera). kerajaan UMNO dikata sanjung perwira tapi satu nama askar melayu yang gugur pun tidak dipahat di tugu negara".

Balun jawab: Dulu sebelum pahat nama, ditanya dulu kaum kerabat yang terkorban boleh dipahat atau tidak nama? jawabnya jangan, takut nanti ada yang puja, ada yang bawa limau ke tugu, jadi syirik pula. sebab itu tidak ada nama perajurit melayu di tugu negara.

Nanti ada yang bawa lilin bertafakur kat tugu negara macam Nizar Perak buat kat Teoh Beng Hock macamana pula?

Wednesday, 9 November 2011

Kambing Terbang!!!

si Bien dan si Paas.
Di dalam semak berdekatan, mereka ternampak lalang dan pokok pokok kecil bergerak seakan akan ada binatang didalam semak itu,
Paas : ada binatanglah dalam semak itu wahai Bien,
Bien : aku agak itu ayam
Paas : aku gerenti itu kambing 

Tiba tiba keluarlah binatang didalam semak itu iaitu ayam, maka bersorak gembiralah si Bien.
Bien : aku dah agak ayam....tu ayam..(sambil menunjuk ke arah ayam itu)
Paas : mana? (sengaja buat buat tidak nampak ayam itu)
Bien : itu... itu kan ayam ...aku dah kata dah!
Paas : itu kambinglah wahai Bien

Tiba tiba ayam itu terbang dihadapan mereka berdua
Bien : tengok......aku dah kata ayam, terbang pula tu....
Paas : kambing lah!!!!.
Bien : ooi kambing mana boleh terbang?
Paas: aku kata kambing....kambinglah!!!!

 TERNYATA si Paas itu bodoh sombong...............

Wednesday, 26 October 2011

Nasonalis itu murtad tapi tafakur lilin membawa berkat

Nik Aziz berkata golongan nasionalis turut sama murtad kerana golongan yang memperlekehkan Agama Islam. Apa pun sebelum itu perlu kita hayati sejarah apabila Anwar Ibrahim terang terang mengaku bahawa dia adalah nasionalis melayu yang perjuangkan melayu dan agama islam, jadi apakah Anwar Ibrahim sebelum ini murtad, kalau sudah murtad apakah masih lagi diterima oleh PAS.

Perbuatan perbuatan yang terang terang melanggar Hukum Islam seperti bekas MB Perak Nizar yang bertafakur menghormati Teoh Beng Hock dengan memegang lilin tidak pernah dikatakan tidak betul oleh Nik Aziz. Kesan daripada perbuatan itu telah menjadi ikutan pelajar pelajar UIA bila mana semalam mereka menjadikan lilin sebagai tanda bertafakur menyokong Aziz Bari di UIA.

Sebagai seorang Islam teguran harus dibuat kepada semua jika melakukan kesalahan dalam hukum Islam dan bukan pilih bulu kerana strategi politik.

PAS masih lagi memegang prinsip ' BOLEH BUAT APA SAJA DLM POLITIK KERANA ITU DIKIRA STRATEGI DLM PEPERANGAN ' termasuk menukar hukum hukum ugama dan keluarkan fatwa sesuka hati mengikut cuaca dan ketika.

Sunday, 9 October 2011

Namewee icon 1 Malaysia, NO WAY!!!



Letak Orang Utan Icon 1 Malaysia lebih baik drpd Namewee

Namewee yang telah menghina orang Melayu dan Agama Islam telah dinobatkan sebagai icon 1Malaysia oleh PM. Amat mengelirukan, agaknya hari ini kalau nak jadi icon atau jadi terkenal macam Namewee itu patut berkelakuan kurang ajar dengan bangsa bangsa lain dan hina agama mereka!!!.

NGO NGO dan penyokong dibawah yang menyokong kerajaan harap jangan dipaksa unyuk menyokong celaka seperti Namawee ini bahkan haram jadah yang menghina azan, berani mengaku persendakan pakaian bertudung perempuan Islam ini patut diludah setiap kali bersemuka ataupun masukkan dalam guni dan hanyutkan saja dalam sungai Muar, kita marah Namewee bukan kerana dia bangsa cina tapi kerana perangai kurang ajarnya itu.

Jangan salah faham, kita sokong kerajaan tapi itu tidak bermakna semuanya disokong. Dah tu pula dengar kata tindakan undang undang akan diambil terhadap anggota polis yang membaling bom asap semasa himpunan bersih dulu, tak kah pelik?, Ambiga yang mengkristiankan orang Islam masih bebas kesana kemari tapi si Koperal yang disuruh mengawal keselamatan di ambil tindakan.

Sokong jangan sampai sokong membawa rebah. Yang pasti JomBalun tetap menyokong Koperal yang baling bom asap itu dan jangan harap walau seinci nak sokong Namewee celaka sebagai Icon 1 Malaysia, lebih baik bubuh orang utan jadi icon.



Wednesday, 28 September 2011

Khalifah Umar Abd Aziz tolak Hudud, PAS patut beri gelaran baru!



PAS hari ini dilabelkan oleh bukan Islam sebagai parti untuk orang orang yang tidak berpelajaran yang kerja mereka hanya menghasut rakyat untuk menghina dan bermusuhan sesama sendiri, PAS juga sedar mereka diperkudakan oleh DAP dalam banyak perkara tetapi tidak mampu berbuat apa apa kerana mereka sendiri sedar betapa lemahnya parti mereka. Untuk mengharapkan PAS perjuangkan Islam memang tidak ada lagi kerana bagi mereka perjuangan parti lebih utama.

Pengikut pengikut mereka diajar supaya menjadi lebih bodoh seperti mengatakan video dan rakaman adalah bukti besi yang pekak dan tuli, tapi dalam setiap ceramah mereka ambil video dan buat rakaman. Dulupun ada yang menyesal berhenti kerja daripada Bank bila dikatakan bekerja dengan bank berdosa kerana amalkan 'riba'.

Pengikut pengikut mereka dibawah yang dahagakan perjuangan Islam daripada parti PAS hanya mendapat sumbangan daripada parti itu bila hanya ada kenduri dan kematian untuk bacaan doa sahaja. Tidak ada aturcara ekonomi langsung untuk membantu rakyat, yang hanya didengar adalah untuk menjual tanah dan kayu balak. Pakar ekonomi PAS Mahfuz tidak pernah belajar pun dlm bidang itu, dia dipiilh kerana suka pergi kenduri ahli ahli PAS.  Timbalan Presidennya Mat Sabu dipilih bukan atas dasar keilmuwannya untuk menolong rakyat tapi kerana pandai bercerita, pandai mencarut, dan amat bernasib baik kerana dapat membeli perwakilan dalam pemilihan, itu pun bila tenaga PBA Pulau Pinang diarah oleh Guan Eng untuk memastikan kemenangan Mat Sabu. Jadi yang untung adalah DAP dan bukan PAS.

Pengikut pengikut PAS disuruh berjihad dari segala segi sehingga ada yang terkorban seperti yang mati dalam peristiwa Memali. Sumbangan PAS kepada rakyat tidak lebih sebagai pengkritik, adakan program program ceramah sahaja dan mengajar rakyat untuk memberi gelaran kepada sesama saudara Islam seperti Anwar AlJuburi, Mahathir FirAun, Paklah Badawi jaga lembu,Najib Altantuya dan G Eng Khalifah Umar Abd Aziz.

Kini bila khalifah Umar Abd Aziz di Pulau Pinang menolak hudud apa pula gelaran yang akan diberi oleh PAS?
Gelaran yang diberi dan takbir yang dilaungkan bila Guan Eng berceramah mengambarkan betapa cetetnya pemimpin pemimpin PAS dalam memperjuangkan parti itu kearah mendapatkan sokongan rakyat terhadap mereka. Jadi apa untungnya menyokong PAS?????

Seorang penceramah DAP pernah berjenaka mengatakan bahawa Dunia melihat Islam sebagai Ugama untuk orang mundur, Miskin dan Ganas. Bagi JomBalun kata kata itu amat sesuai ditujukan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sunday, 18 September 2011

SumbanganKemerdekaan dan Hari Malaysia dari Parti2 Politik di Malaysia..


David Copperfield ahli magik yg diminati oileh Mat Sabu 121.
 Sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Lain pula sambutan buat parti parti politik Malaysia yang sukakan kekacauan dan mahu negara ini huru hara.

Bagi PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu 121 dah jadi seorang yang pelupa. Lupa kenderaan polis mana yang dikata langgar dia kejap landrover kejap Waja, Lupa yang dia kata komunis itu perjuangannya, Lupa apa yang dia mencarut dengan Norma dalam perbualan talipon yang ada dlm U Tube sekarang. Ada pula ungkapan bukti besi, tapi kalau kena kat kaum keluarga sendiri baru bukti besi tu boleh pakai.

Bagi DAP, Meraikan harijadi Lim Kit Siang dengan pemimpin pemimpin Singapura, juga meraikan ISA yang bakal dihapuskan di Malaysia. Juga agaknya meraikan ISA yang dikekalkan di Singapura agar dapat satu hari dicontohi mereka andaikata mereka berkuasa. Manoharan pula mula dah kata bendera Malaysia di ciplak dari Amerika & malu dengan negara sendiri, maklumlah dah dekat nak dibuang ISA maka bebaslah dia nak berkata apa pun.

Bagi KeAdilan pula, Anwar teringat 16 sept yang tak jadi, malam tadi ceramah dia di Stadium Bandaraya tak sampai pun 400 hadir. Guan Eng pun tak jadi pergi jadi tinggallah Anwar dan Husam saja.
Anwar berucap meleret tak ada mood. agak duk teringat sandal dan baju yang dia pakai kat kondo dengan china doll nak sembunyikan kat mana, jam Omega yang ditemph pun tak siap siap lagi. Dia duk tanya tanya video kat lobi bila pula nak keluar.

Bagi BN pula, berita PM umum nak hapuskan ISA ada yang sokong ada yang tidak. Yang sokong tu kebanyakannya mungkin yang ada jawatan, maklumlah dekat dekat pilihanraya ini, takut takut tak jadi calon. Yang tak sokong pun ada, masakan tidak, dulu disuruh pertahankan ISA sekarang lain pula jadi nya. Ada yang print banyak T Shirt, sticker YES TO ISA  NO TO BERSIH, kat mana nak buang T shirt dan Sticker tu??.


In Politic Everything is Possible!!!!
David Copperfield hari jadinya 16 sept, ingat panggil dia datang buat Magik dengan parti parti politik di Malaysia. Bagi hilang semua kah...kah...kah..

Saturday, 10 September 2011

Sambutan Aidilfitri bertukar jadi Plihanraya Kecil Pmtg Pauh.

Sek Men Guar Perahu, Penanti, Pmtg Pauh.

Jln depan Kg Pelet
Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia besok dah bertukar seperti menyambut Pilihanraya Kecil. Hari ini di sepanjang Jalan Utama di Kawasan kampung Pelet telah dipenuhi dengan bendera bendera PAS sehingga ke Sekolah Men Guar Perahu yang akan menjadi lokasi acara tersebut.

Difahamkan pihak pemuda umno bahagian permatang pauh akan menjalankan operasi untuk memasang bendera umno pula malam ini. Poster poster PAS pun banyak tapi ada gambar Nik Aziz dengan Hj Hadi saja, gambar Mat kucing komunis tak nampak pula mungkin terlalu kecil untuk dilihat daripada dalam kereta atau gambarnya di pasang dalam semak ala gerila komunis. yang agak heran sikit sehingga jam 7 ptg tadi tidak ada pun bendera Adil, tak tahu kenapa, mungkin tanya Anwar dulu nak buat macamana.

Besok berlangsung tiga acara sekali di Parlimen Pmtg Pauh iaitu, Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia di Guar Perahu, Rumah terbuka PAS Pmtg Pauh di Pmtg Pasir, Rumah terbuka Wanita Keadilan Pmtg Pauh di Sg Semambu.

Friday, 9 September 2011

Rumah Terbuka 1 Malaysia akan di sabotaj!!

sambut PM dengan bendera PAS/ADIL
Kawan aku Tok Jeng dah maklumkan kepada rakan rakan semua akan niat jahat Pakatan Rakyat untuk membuat provokasi dan mencari publisiti untuk tunjuk keberanian mereka pada rumah terbuka 1 Malaysia di Guar perahu Pada 11 sept 2011. Antaranya ;

Lim Guan Eng dan barisan EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang akan ke rumah terbuka tersebut tanpa peduli jika mereka dijemput atau tidak jam 11.20 pagi.
Pemuda PAS dan Pemuda PKR akan berkumpul ramai ramai di depan SMK Guar Perahu dengan berbaju kuning untuk berdemonstrasi dengan Banner Altantuya dan banner cincin berlian Rosmah.
Parlimen Pmtg Pauh akan dipasang dengan bendera bendera PAS/PKR di semua laluan PM dan rombongan.
Wanita PKR Bahagian Pmtg Pauh pula diarahkan untuk membuat rumah terbuka Wanita Keadilan pada tarikh yang sama untuk jemputan seramai 3000 orang.

Semua ahli PKR/PAS DIARAH HADIR untuk membuat provokasi dan membuat kacau.

Rata rata ahli PR merasakan bahawa mereka begitu kuat di Permatang Pauh dan UMNO di situ sentiasa dalam ketakutan dengan mereka......agaknya

Jangan lupa Mat Sabu mungkin akan datang juga, mungkin ke majlis jamuan rumah itu dengan memakai topi Bintang Tiga kebanggaannya.

Saturday, 3 September 2011

PSSGM Tak Izinkan Mat Sabu Masuk ke Kedah


Prresiden PSSGM Dato' Adiwijaya Abdullah
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.

Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.

"Saya tahu Kedah diperintah Pas dan Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Pas tapi Tuanku Sultan memiliki kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah melarang Mat Sabu memijak bumi Kedah.

"Kita tak mahu Mat Sabu menjadi lebih biadab dan bercakap hanya mengikut sedap hati beliau sahaja," katanya.

Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan, seluruh anak-anak gayung merasa terkilan dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan Mat Sabu itu.

Dipetik dari: http://www.ultra.news.com/