jombalun.blogspot.com

Sunday 31 July 2011

SEBAB MADU SETITIK

oouuwww ... sakit ... sakit ....
Semasa dirumah petang semalam, waktu menonton TV aku tune-in ke salah satu saluran Astro, siaran cerita kanak-kanak - kartun Malaysia. Aku terus menonton walaupun cerita kanak-kanak, cerita menarik.
Alkisah di sebuah negeri, rajanya sedang bersantap ditemani seorang pembesar negeri. Sewaktu santap, setitik madu tertumpah atas meja, 'biar patik sapu madu yang tertumpah tuanku', sembah pembesar.
'Ooo tak perlu, nanti dayang akan bersihkan meja'.
Mereka terus menjamu selera. Tiba-tiba datang Sang Lalat lalu terus hinggap diatas madu yang tertumpah dan setelah menghisap madu lalu mahu berlalu pergi. Akan tetapi seekor pemangsa, Sang Cicak telah pun menunggu. Cicak terus menjelirkan lidahnya yang panjang lalu menangkap dan menelan Sang Lalat. Sebaik sahaja lalat ditelan, tiba-tiba Sang Cicak diterkam dan ditangkap oleh Pak Misai Si Kucing. Semua ini diperhatikan oleh raja dan pembesar.
Sewaktu Pak Misai menggongong membawa pergi Sang Cicak, datang pula seekor anjing mahu merebut cicak di mulut Si Kucing, maka berlakulah pergelutan diantara mereka.
'Perlukah patik leraikan mereka tuanku', sembah pembesar.
'Tak perlu, tak perlu, biarkan, nanti berhentilah mereka'.
Kemudian datang tuan kucing lalu memukul si anjing. Tuan anjing rupanya berada tidak jauh dari situ. Melihatkan anjingnya dipukul, tuan anjing meluru menyerang tuan kucing. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka.
'Nak leraikan mereka tuanku?', sembah pembesar lagi.
'Oh, jangan-jangan, tak payah, nanti berhentilah mereka'.
Pergaduhan antara keduanya telah dilihat oleh para pengawal istana dan juga orang-orang kampung. Pengawal terus meluru untuk meleraikan pergaduhan. Melihatkan keadaan tersebut, orang kampung menyangka pengawal hendak menyerang dan menangkap rakan mereka yang sedang bergaduh. Lalu merekapun meluru untuk menyekat pengawal-pengawal. Maka berlakulah pertempuran diantara mereka. Ramailah yang mati dan cedera. Rumah-rumah berdekatan termasuk istana raja telah dibakar!
Melihatkan keadaan tersebut, raja pun bersedih sambil berkata, 'kerana madu setitik .....
kalaulah dibersihkan madu yang tumpah, tidak berlakulah malapetaka ini!'.
THE MORAL OF THE SIMPLE STORY IS .......

Saturday 30 July 2011

UNTA MINTA KHEMAH

Al kisah mengenai seekor unta dan tuannya ditengah tengah gurun. Tiba waktu malam mereka pun bermalam dalam suasana yang amat kesejukan. Setelah mendirikan khemah maka tuan unta pun tidor didalam khemah itu dan unta tidor diluar. Menjelang tengah malam unta kesejukan dan mengadu kepada tuannya, tuannya benarkan unta itu utk masukkan hanya kepala ke dalam khemah, lepas itu unta kata badannya sejuk pula dan tuan nya suruh masukkan badan ke dalam khemah, lepas itu pungkoq pula sejuk dan tuannya suruh masukkan pungkoqnya, akhir nya unta itu dapat masuk tidur terus dengan tuannya. Menjelang pagi yang tinggal dalam khemah itu hanya unta itu saja ......jadi dimana tuannya.?  kena tendang?
UNTA MINTA KHEMAH LEBIH TERUK DARIPADA BELANDA MINTA TANAH.

Roh Sikitol Menjelma Kembali

....  angkara si kitol, marahkan raja, pintu kota dibuka ... rakyat jadi mangsa ....

KITOL KA NI ???

Setelah dikepong selama 2 minggu oleh 1400 askar Benggali Putih akhirnya Melaka dikalahkan. Mana mungkin Melaka yg pernah digelar"Venice of the east" ditawan dengan mudah? ada yang kata kerana pembelotan dan pengkhianatan, ada yang kata kerana kezaliman rajanya. Namun yang jelas tidak akan dilupakan sampai bila bila ialah sejarah Sikitol yang membuka pintu kota Melaka kepada bangsa asing yang iri hati atas kejayaan Melayu Melaka. Marahkan raja rakyat jadi mangsa. Kejayaan Sikitol itu menyebabkan bangsa Melayu dijajah lebih 400 tahun, bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Siam, Jepun, Bintang3 dan Inggeris lagi. Dalam dunia ada 7 benda ajaib iaitu Taj Mahal, Angkor Wat,Tembok besar China,Tmn Babylon, Piramid dan Pisa. Dan bangsa Melayu juga boleh dikategorikan sebagai bangsa yang ajaib di dunia  kerana telah dijajah sebanyak 7 kali. Itulah sejarah datuk nenek kita dan kita adalah pewarisnya. Apakah sejarah kesilapan itu akan berulang? apakah Roh Sikitol menjelma kembali? tepuk dada tanya selera.

Thursday 28 July 2011

Kenalkah siapa mereka ini ???

Wajah-Wajah Berjasa ... Jangan Sia-Siakan Perjuangan Mereka

KETULINAN EMAS


Ketulinan emas paling tinggi ialah emas 24 karat dgn ketulenan 99.99%, tidak ada yang mencecah 100%. Namun orang akan tetapkan itu memang emas walaupun kurang 0.01%. HANYA YANG BODOH DAN JAHIL SAJA KATA ITU BUKAN EMAS.

Semangat Melayu Umpama Manggis

Allahyarham Mat Kilau Bin Imam Rasu @ Tok Gajah

Mat Kilau pahlawan melayu terbilang. Pernah berguru kepada seorang Wali Allah iaitu Tok Ku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu. Pada 6/8/1970 Mat Siam diistiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas itu beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun.

[ Bila ditanya mengenai semangat orang melayu, pahlawan terbilang Mat Kilau mengumpamakan semangat orang melayu seperti manggis, kulitnya hitam nampak kuat tapi mudah dikopek senang rosak cepat masam dan tidak kuat jatidirinya. Mat Kilau dalam perjuangannya mempertahankan maruah bangsa melayu terpaksa menyamar sebagai Mat Dahan, Mat Siam dan banyak nama lagi kerana menggelak dari ditangkap penjajah kerana ada pengkhianat melayu yang sentiasa mengkhianati perjuangannya dengan memberi maklumat kepada penjajah].

Hari ini apa yg berlaku kepada Mat Kilau 100 tahun lepas seakan berulang cuma bakal penjajah itu bukan berbangsa Inggeris.

Wednesday 27 July 2011

Demi Kuasa Hilang Bangsa

Angkara Melayu jugak!
Al Fatehah buat Hj Mat Hassan bin Munas

Tok Janggut atau Hj Mat Hassan bin Munas bukan sahaja seorang negarawan pejuang Melayu yang menentang Inggeris, malah seorang Ulama yang dihormati masyarakat. Beliau dibunuh pada 24 Mei 93 tahun lalu di Pasir Puteh Kelantan. 
Inggeris menggunakan orang Islam/Melayu untuk membunuh bangsa sendiri.
Mayatnya diarak seluruh Kota Baharu dan jasadnya digantung songsang (kaki diatas kepala dibawah) untuk tontonan. Jasad yang tidak bernyawa itu bahkan ditembak berulang kali sehingga putus dua. 

Sejarah begini patut dijadikan pengajaran kepada semua bahawa demi kuasa dan harta bangsa sendiripun boleh dikorbankan demi mencapai cita cita.

Menangis Hilang Takhta

Menangis tak berlagu, berdendang tak berirama !

Al Kisah di abad ke15, apabila raja Abu Abdullah (Raja Islam yang terakhir memerintah Sepanyol), ketika menunggang kuda dan berhenti di sebuah bukit yang tinggi dan ketika itu baginda memandang dari jauh bumbung istana Alhamra, yang menjadi tempat tinggal nenek moyangnya yang memerintah Andalusia selama 800 tahun, wajahnya tersangat sedih lalu menangis. Lalu ibu nya memarahinya dan berkata

"MENANGISLAH, MENANGISLAH SEPERTI BETINA, KERANA KAMU TIDAK DAPAT MEMPERTAHANKANNYA SEPERTI ANAK JANTAN"

Jadikanlah al kisah ini satu iktibar untuk kita semua. Salam.

Tuesday 26 July 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM BALUN!

Jom Balun !!!
Blog BALUN ini dibangunkan pada Julai 26, 2011.  Saya akan menulis tentang isu-isu semasa dan juga isu-isu lepas yang dirasakan dapat memberi manfaat kepada semua.  Ikutilah BALUN dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkara sebenar tentang apa sahaja isu yang difikir perlu disebarluaskan supaya tidak berlaku kesalahfahaman atau disalahfahamkan.   BALUN UNTK SEMUA.