jombalun.blogspot.com

Wednesday 28 September 2011

Khalifah Umar Abd Aziz tolak Hudud, PAS patut beri gelaran baru!



PAS hari ini dilabelkan oleh bukan Islam sebagai parti untuk orang orang yang tidak berpelajaran yang kerja mereka hanya menghasut rakyat untuk menghina dan bermusuhan sesama sendiri, PAS juga sedar mereka diperkudakan oleh DAP dalam banyak perkara tetapi tidak mampu berbuat apa apa kerana mereka sendiri sedar betapa lemahnya parti mereka. Untuk mengharapkan PAS perjuangkan Islam memang tidak ada lagi kerana bagi mereka perjuangan parti lebih utama.

Pengikut pengikut mereka diajar supaya menjadi lebih bodoh seperti mengatakan video dan rakaman adalah bukti besi yang pekak dan tuli, tapi dalam setiap ceramah mereka ambil video dan buat rakaman. Dulupun ada yang menyesal berhenti kerja daripada Bank bila dikatakan bekerja dengan bank berdosa kerana amalkan 'riba'.

Pengikut pengikut mereka dibawah yang dahagakan perjuangan Islam daripada parti PAS hanya mendapat sumbangan daripada parti itu bila hanya ada kenduri dan kematian untuk bacaan doa sahaja. Tidak ada aturcara ekonomi langsung untuk membantu rakyat, yang hanya didengar adalah untuk menjual tanah dan kayu balak. Pakar ekonomi PAS Mahfuz tidak pernah belajar pun dlm bidang itu, dia dipiilh kerana suka pergi kenduri ahli ahli PAS.  Timbalan Presidennya Mat Sabu dipilih bukan atas dasar keilmuwannya untuk menolong rakyat tapi kerana pandai bercerita, pandai mencarut, dan amat bernasib baik kerana dapat membeli perwakilan dalam pemilihan, itu pun bila tenaga PBA Pulau Pinang diarah oleh Guan Eng untuk memastikan kemenangan Mat Sabu. Jadi yang untung adalah DAP dan bukan PAS.

Pengikut pengikut PAS disuruh berjihad dari segala segi sehingga ada yang terkorban seperti yang mati dalam peristiwa Memali. Sumbangan PAS kepada rakyat tidak lebih sebagai pengkritik, adakan program program ceramah sahaja dan mengajar rakyat untuk memberi gelaran kepada sesama saudara Islam seperti Anwar AlJuburi, Mahathir FirAun, Paklah Badawi jaga lembu,Najib Altantuya dan G Eng Khalifah Umar Abd Aziz.

Kini bila khalifah Umar Abd Aziz di Pulau Pinang menolak hudud apa pula gelaran yang akan diberi oleh PAS?
Gelaran yang diberi dan takbir yang dilaungkan bila Guan Eng berceramah mengambarkan betapa cetetnya pemimpin pemimpin PAS dalam memperjuangkan parti itu kearah mendapatkan sokongan rakyat terhadap mereka. Jadi apa untungnya menyokong PAS?????

Seorang penceramah DAP pernah berjenaka mengatakan bahawa Dunia melihat Islam sebagai Ugama untuk orang mundur, Miskin dan Ganas. Bagi JomBalun kata kata itu amat sesuai ditujukan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

    ReplyDelete

Kalau tuan-tuan nak komen, komen le cara berhemah noo ....