jombalun.blogspot.com

Friday 17 February 2012

Jirat cina terbesar di Malaysia dibiarkan oleh PAS Kedah


17 Feb 2012 selepas sembahyang jumaat di Masjid Sg Kob, Kulim Kedah tadi menyaksikan kira kira 500 orang orang Melayu mengadakan demonstrasi membantah kelulusan pembinaan Jirat cina di kawasan kampung orang orang Melayu disitu. Jirat tersebut merupakan jirat yang terbesar akan dibina di kawasan utara semenanjung Malaysia.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa pihak kerajaan PAS Kedah tidak ambil berat hal ini. Rayuan dan bantahan telah dibuat kepada kerajaan negeri tapi jawapan nya tetap sama. "KAMI TAK BOLEH BUAT APA APA, BENDA DAH LULUS" dan perlu dibincang dulu dengan rakan rakan cina dalam pakatan.

Jawatankuasa bantahan telah membuat lapuran polis dan juga kepada SPRM mengenai kelulusan yang diberi.  Lapuran yang disediakan oleh pihak majlis perbandaran Kulim mengatakan bahawa penduduk cina adalah penduduk majoriti di situ adalah lapuran yang tidak benar. Dianggarkan disitu hanya dalam 2 ribu sahaja berbangsa cina daripada 16 ribu penduduk disitu.

Monday 13 February 2012

Nizar bawa lilin Mat Sabu umpama lilin




Pemuda PAS Pusat melalui wakilnya Ridhuan M Nor kata UMNO lah yang telah mempromosi Hari Valentine, bahkan ada yang akan serah memorandum kepada Menteri Penerangan Malaysia mengenai isu ini dan termasuk upacara upacara kristian  yang di promosikan oleh kerajaan. Setahu kita yang promosi hari Valentine atau Hari St Brigid dalam Kristian timur adalah Nik Aziz. 

 Hari itu Nik Azizyang bagi bunga kat bini dia, tapi itu ok apa?.
Yang tak ok tu yang Al Ustaz Nizar Jamaluddin bakar lilin untuk promosi upacara berkabung atas kematian orang lain lepas itu kata itu tak menjadi kesalahan.

Mat Sabu lain pula ceritanya sebab dia ini pelupa, orang tanya lain dia jawab lain. Dia kata dia macam lilin, membakar dirinya untuk cerahkan orang lain.





Friday 10 February 2012

Mat Sabu buat drama sokong Hassan Ali

Apabila Hassan Ali membuat keputusan untuk tidak membela diri bila dipecat sebagai ahli PAS mendapat berbagai reaksi, bahkan Ahli Kaji Purba merangkap Timbalan Presiden PAS Mat Sabu menyambut baik keputusan itu dengan komen yang beliau kononnya menyokong Hassan Ali dalam perjuangannya. Semua tahu Hassan Ali punya banyak penyokong grass root jadi Mat Sabu pun buat drama kononnya dia sokong Hassan Ali. Mat Sabu sekarang dalam keadaan tertekan kerana tidak ada tempat untuk beliau bertanding PRU 13.Mungkin tempat bekas Timbalan Presiden yang lepas yang sedang dibincangkan.

Dalam PAS, kaedah cara keadilan Islam adalah dengan cara pecat dulu, bila riuh rendah baru panggil untuk bela diri. Maknanya orang itu bersalah tanpa perlu dipanggil untuk membela diri macam kes Hassan Ali ini. Sama macam Mat Sabu kata Anwar aljuburi dulu, belum  bicara dah tuduh melulu. Sama macam kes Altantuya main tuduh saja.

Hari ini PAS sendiri yang menjadi penghalang untuk jadikan Malaysia sebagai negara Islam.