jombalun.blogspot.com

Sunday 18 September 2011

SumbanganKemerdekaan dan Hari Malaysia dari Parti2 Politik di Malaysia..


David Copperfield ahli magik yg diminati oileh Mat Sabu 121.
 Sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Lain pula sambutan buat parti parti politik Malaysia yang sukakan kekacauan dan mahu negara ini huru hara.

Bagi PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu 121 dah jadi seorang yang pelupa. Lupa kenderaan polis mana yang dikata langgar dia kejap landrover kejap Waja, Lupa yang dia kata komunis itu perjuangannya, Lupa apa yang dia mencarut dengan Norma dalam perbualan talipon yang ada dlm U Tube sekarang. Ada pula ungkapan bukti besi, tapi kalau kena kat kaum keluarga sendiri baru bukti besi tu boleh pakai.

Bagi DAP, Meraikan harijadi Lim Kit Siang dengan pemimpin pemimpin Singapura, juga meraikan ISA yang bakal dihapuskan di Malaysia. Juga agaknya meraikan ISA yang dikekalkan di Singapura agar dapat satu hari dicontohi mereka andaikata mereka berkuasa. Manoharan pula mula dah kata bendera Malaysia di ciplak dari Amerika & malu dengan negara sendiri, maklumlah dah dekat nak dibuang ISA maka bebaslah dia nak berkata apa pun.

Bagi KeAdilan pula, Anwar teringat 16 sept yang tak jadi, malam tadi ceramah dia di Stadium Bandaraya tak sampai pun 400 hadir. Guan Eng pun tak jadi pergi jadi tinggallah Anwar dan Husam saja.
Anwar berucap meleret tak ada mood. agak duk teringat sandal dan baju yang dia pakai kat kondo dengan china doll nak sembunyikan kat mana, jam Omega yang ditemph pun tak siap siap lagi. Dia duk tanya tanya video kat lobi bila pula nak keluar.

Bagi BN pula, berita PM umum nak hapuskan ISA ada yang sokong ada yang tidak. Yang sokong tu kebanyakannya mungkin yang ada jawatan, maklumlah dekat dekat pilihanraya ini, takut takut tak jadi calon. Yang tak sokong pun ada, masakan tidak, dulu disuruh pertahankan ISA sekarang lain pula jadi nya. Ada yang print banyak T Shirt, sticker YES TO ISA  NO TO BERSIH, kat mana nak buang T shirt dan Sticker tu??.


In Politic Everything is Possible!!!!
David Copperfield hari jadinya 16 sept, ingat panggil dia datang buat Magik dengan parti parti politik di Malaysia. Bagi hilang semua kah...kah...kah..

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

    ReplyDelete

Kalau tuan-tuan nak komen, komen le cara berhemah noo ....