jombalun.blogspot.com

Wednesday 28 September 2011

Khalifah Umar Abd Aziz tolak Hudud, PAS patut beri gelaran baru!



PAS hari ini dilabelkan oleh bukan Islam sebagai parti untuk orang orang yang tidak berpelajaran yang kerja mereka hanya menghasut rakyat untuk menghina dan bermusuhan sesama sendiri, PAS juga sedar mereka diperkudakan oleh DAP dalam banyak perkara tetapi tidak mampu berbuat apa apa kerana mereka sendiri sedar betapa lemahnya parti mereka. Untuk mengharapkan PAS perjuangkan Islam memang tidak ada lagi kerana bagi mereka perjuangan parti lebih utama.

Pengikut pengikut mereka diajar supaya menjadi lebih bodoh seperti mengatakan video dan rakaman adalah bukti besi yang pekak dan tuli, tapi dalam setiap ceramah mereka ambil video dan buat rakaman. Dulupun ada yang menyesal berhenti kerja daripada Bank bila dikatakan bekerja dengan bank berdosa kerana amalkan 'riba'.

Pengikut pengikut mereka dibawah yang dahagakan perjuangan Islam daripada parti PAS hanya mendapat sumbangan daripada parti itu bila hanya ada kenduri dan kematian untuk bacaan doa sahaja. Tidak ada aturcara ekonomi langsung untuk membantu rakyat, yang hanya didengar adalah untuk menjual tanah dan kayu balak. Pakar ekonomi PAS Mahfuz tidak pernah belajar pun dlm bidang itu, dia dipiilh kerana suka pergi kenduri ahli ahli PAS.  Timbalan Presidennya Mat Sabu dipilih bukan atas dasar keilmuwannya untuk menolong rakyat tapi kerana pandai bercerita, pandai mencarut, dan amat bernasib baik kerana dapat membeli perwakilan dalam pemilihan, itu pun bila tenaga PBA Pulau Pinang diarah oleh Guan Eng untuk memastikan kemenangan Mat Sabu. Jadi yang untung adalah DAP dan bukan PAS.

Pengikut pengikut PAS disuruh berjihad dari segala segi sehingga ada yang terkorban seperti yang mati dalam peristiwa Memali. Sumbangan PAS kepada rakyat tidak lebih sebagai pengkritik, adakan program program ceramah sahaja dan mengajar rakyat untuk memberi gelaran kepada sesama saudara Islam seperti Anwar AlJuburi, Mahathir FirAun, Paklah Badawi jaga lembu,Najib Altantuya dan G Eng Khalifah Umar Abd Aziz.

Kini bila khalifah Umar Abd Aziz di Pulau Pinang menolak hudud apa pula gelaran yang akan diberi oleh PAS?
Gelaran yang diberi dan takbir yang dilaungkan bila Guan Eng berceramah mengambarkan betapa cetetnya pemimpin pemimpin PAS dalam memperjuangkan parti itu kearah mendapatkan sokongan rakyat terhadap mereka. Jadi apa untungnya menyokong PAS?????

Seorang penceramah DAP pernah berjenaka mengatakan bahawa Dunia melihat Islam sebagai Ugama untuk orang mundur, Miskin dan Ganas. Bagi JomBalun kata kata itu amat sesuai ditujukan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sunday 18 September 2011

SumbanganKemerdekaan dan Hari Malaysia dari Parti2 Politik di Malaysia..


David Copperfield ahli magik yg diminati oileh Mat Sabu 121.
 Sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Lain pula sambutan buat parti parti politik Malaysia yang sukakan kekacauan dan mahu negara ini huru hara.

Bagi PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu 121 dah jadi seorang yang pelupa. Lupa kenderaan polis mana yang dikata langgar dia kejap landrover kejap Waja, Lupa yang dia kata komunis itu perjuangannya, Lupa apa yang dia mencarut dengan Norma dalam perbualan talipon yang ada dlm U Tube sekarang. Ada pula ungkapan bukti besi, tapi kalau kena kat kaum keluarga sendiri baru bukti besi tu boleh pakai.

Bagi DAP, Meraikan harijadi Lim Kit Siang dengan pemimpin pemimpin Singapura, juga meraikan ISA yang bakal dihapuskan di Malaysia. Juga agaknya meraikan ISA yang dikekalkan di Singapura agar dapat satu hari dicontohi mereka andaikata mereka berkuasa. Manoharan pula mula dah kata bendera Malaysia di ciplak dari Amerika & malu dengan negara sendiri, maklumlah dah dekat nak dibuang ISA maka bebaslah dia nak berkata apa pun.

Bagi KeAdilan pula, Anwar teringat 16 sept yang tak jadi, malam tadi ceramah dia di Stadium Bandaraya tak sampai pun 400 hadir. Guan Eng pun tak jadi pergi jadi tinggallah Anwar dan Husam saja.
Anwar berucap meleret tak ada mood. agak duk teringat sandal dan baju yang dia pakai kat kondo dengan china doll nak sembunyikan kat mana, jam Omega yang ditemph pun tak siap siap lagi. Dia duk tanya tanya video kat lobi bila pula nak keluar.

Bagi BN pula, berita PM umum nak hapuskan ISA ada yang sokong ada yang tidak. Yang sokong tu kebanyakannya mungkin yang ada jawatan, maklumlah dekat dekat pilihanraya ini, takut takut tak jadi calon. Yang tak sokong pun ada, masakan tidak, dulu disuruh pertahankan ISA sekarang lain pula jadi nya. Ada yang print banyak T Shirt, sticker YES TO ISA  NO TO BERSIH, kat mana nak buang T shirt dan Sticker tu??.


In Politic Everything is Possible!!!!
David Copperfield hari jadinya 16 sept, ingat panggil dia datang buat Magik dengan parti parti politik di Malaysia. Bagi hilang semua kah...kah...kah..

Saturday 10 September 2011

Sambutan Aidilfitri bertukar jadi Plihanraya Kecil Pmtg Pauh.

Sek Men Guar Perahu, Penanti, Pmtg Pauh.

Jln depan Kg Pelet
Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia besok dah bertukar seperti menyambut Pilihanraya Kecil. Hari ini di sepanjang Jalan Utama di Kawasan kampung Pelet telah dipenuhi dengan bendera bendera PAS sehingga ke Sekolah Men Guar Perahu yang akan menjadi lokasi acara tersebut.

Difahamkan pihak pemuda umno bahagian permatang pauh akan menjalankan operasi untuk memasang bendera umno pula malam ini. Poster poster PAS pun banyak tapi ada gambar Nik Aziz dengan Hj Hadi saja, gambar Mat kucing komunis tak nampak pula mungkin terlalu kecil untuk dilihat daripada dalam kereta atau gambarnya di pasang dalam semak ala gerila komunis. yang agak heran sikit sehingga jam 7 ptg tadi tidak ada pun bendera Adil, tak tahu kenapa, mungkin tanya Anwar dulu nak buat macamana.

Besok berlangsung tiga acara sekali di Parlimen Pmtg Pauh iaitu, Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia di Guar Perahu, Rumah terbuka PAS Pmtg Pauh di Pmtg Pasir, Rumah terbuka Wanita Keadilan Pmtg Pauh di Sg Semambu.

Friday 9 September 2011

Rumah Terbuka 1 Malaysia akan di sabotaj!!

sambut PM dengan bendera PAS/ADIL
Kawan aku Tok Jeng dah maklumkan kepada rakan rakan semua akan niat jahat Pakatan Rakyat untuk membuat provokasi dan mencari publisiti untuk tunjuk keberanian mereka pada rumah terbuka 1 Malaysia di Guar perahu Pada 11 sept 2011. Antaranya ;

Lim Guan Eng dan barisan EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang akan ke rumah terbuka tersebut tanpa peduli jika mereka dijemput atau tidak jam 11.20 pagi.
Pemuda PAS dan Pemuda PKR akan berkumpul ramai ramai di depan SMK Guar Perahu dengan berbaju kuning untuk berdemonstrasi dengan Banner Altantuya dan banner cincin berlian Rosmah.
Parlimen Pmtg Pauh akan dipasang dengan bendera bendera PAS/PKR di semua laluan PM dan rombongan.
Wanita PKR Bahagian Pmtg Pauh pula diarahkan untuk membuat rumah terbuka Wanita Keadilan pada tarikh yang sama untuk jemputan seramai 3000 orang.

Semua ahli PKR/PAS DIARAH HADIR untuk membuat provokasi dan membuat kacau.

Rata rata ahli PR merasakan bahawa mereka begitu kuat di Permatang Pauh dan UMNO di situ sentiasa dalam ketakutan dengan mereka......agaknya

Jangan lupa Mat Sabu mungkin akan datang juga, mungkin ke majlis jamuan rumah itu dengan memakai topi Bintang Tiga kebanggaannya.

Saturday 3 September 2011

PSSGM Tak Izinkan Mat Sabu Masuk ke Kedah


Prresiden PSSGM Dato' Adiwijaya Abdullah
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.

Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.

"Saya tahu Kedah diperintah Pas dan Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Pas tapi Tuanku Sultan memiliki kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah melarang Mat Sabu memijak bumi Kedah.

"Kita tak mahu Mat Sabu menjadi lebih biadab dan bercakap hanya mengikut sedap hati beliau sahaja," katanya.

Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan, seluruh anak-anak gayung merasa terkilan dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan Mat Sabu itu.

Dipetik dari: http://www.ultra.news.com/

UNDI PAS JADI KOMUNIS???

hah, baguih, baguih, hangpa semua kena ikut sama jadi KOMUNIS, sokong Chin Peng!
Dulu dulu PAS kata nak Islamkan DAP
Sekarang DAP dah Komuniskan PAS

Dulu dulu PAS kata nak ganti UMNO
Sekarang DAP dah ganti PAS

Dulu dulu PAS kata   UNDI PAS MASUK SYURGA
Sekarang                   UNDI PAS MASUK KOMUNIS.

Semuanya berpunca daripada Ahli Kaji Purba PAS Mat Sabu 121 yang baru menjalankan carigali di Padang Menora.

Friday 2 September 2011

KEDAIFAN MELAYU ISLAM

Setelah lama meneliti situasi ini, aku terpanggil utk blog ttg isu ini. Jika pendatang dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, China, dan lain-lain boleh hidup selesa di Tanah Melayu tercinta ini dan bila kembali ke negara asal dpt hidup senang drp hasil yg diperolehi di negara ini tapi KENAPA masih ramai orang MELAYU kita yg masih hidup didalam keadaan susah dan terpaksa meminta-minta untuk sesuap nasi - ibu tunggal, fakir dan ramai lagi yg entah apa istilahnya. Tidak dinafikan ramai MELAYU yg membantu tetapi masih ramai lagi yg ada. Sedih aku lihat bangsa aku yg terpaksa hidup meminta-minta.

Dan juga aku lihat banyak pertubuhan Islam (Maahad Tahfiz, Pertubuhan/Persatuan Islam dan banyak lagi) yg existence nya hanya atas dasar bantuan, sumbangan, derma dr khalayak Muslimin Muslimat. Mungkin ada tetapi tidak pernah pula aku terjumpa pusat-pusat agama lain menggunakan kanak-kanak di serata R&R lebuhraya, di kawasan mesin ATM bank-bank, dan lain-lain lokasi strategik untuk memungut derma dan sumbangan!!!  Kalau pertubuhan kristian, buddhist dan hindu kebanyakan kewujudannya bukan untuk meminta tapi memberi, termasuk memberi kpd orang Islam yg terpaksa meminta!  Kita kerap bercerita ttg organisasi kristian yg kaya dan banyak menjalankan aktiviti dakwah melalui mubaligh-mubalighnya yang terlatih dan dibekalkan dengan sumber kewangan yang lebih dari mencukupi.  Bagaimana pula kita, yang Melayu Islam ini?  Setahu aku Pusat-Pusat Urus Zakat (PUZ) tidak kurang kayanya, mempunyai bangunan-bangunan yang tersergam indah!  Kalau tidak keterlaluan aku kata, mungkin jika kantong semua PUZ dikumpulkan tahun demi tahun, angkanya mungkin sampai ke billion ringgit!  Bagaimana itu semua diuruskan tidak mahu aku bincangkan, semua yang dilantik adalah bijak pandai dan yang berpendidikan agama tinggi, tapi mungkin kita perlukan juga orang pengurusan yang berkredibiliti tinggi untuk duduk bersama didalam PUZ.  Tidak guna jika kita cuma berikan sumbangan dan bantuan, itu semua akan habis dan perlu diberikan lagi - lebih baik ajar mereka cara menangkap ikan daripada diberikan ikan yang telah siap ditangkap.

Sempena bulan yg mulia ini, aku masih melihat hal-hal ini, sedih dan terpukul rasanya aku sebagai Melayu dan Islam. Apa yg boleh kita lakukan? Lebih banyak beretorik, berpolimik dan berpolitik? Itukah caranya Melayu Islam dpt dibantu dan dinaikkan statusnya????????  Wallahualam.