jombalun.blogspot.com

Thursday 15 December 2011

Keluar PKR??

Pakat pakat keluar



1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Sunday 20 November 2011

Slogan 'Indonesia Bisa' tiru 'Malaysia Boleh'

Sukan SEA di Indonesia sekarang menjadi medan segelintir rakyat Indonesia mengutuk dan membenci rakyat Malaysia. Kita pun tak faham kenapa jadi begini. Kerajaan Indonesia sendiri patut malu kerana gagal dalam mengawal media dan membentuk segelintir rakyat mereka ini agar menjadi rakyat yang bertamaddun. Kita disini membantu rakyat mereka mencari makan tetapi disana kemunduran menyebabkan rasa iri hati dan cemburu kepada orang2 Malaysia. Apa pun bukan semua rakyat Indonesia perangainya begitu. Ataupun ...
APA KAH INI MEMANG PERANGAI MELAYU?
Di Malaysia pun ada Melayu yang perangainya sama seperti disana, Melayu PAS dan Melayu PKR cuba menjatuhkan Melayu UMNO dan membuka ruang kepada warga bukan melayu untuk berkuasa. Ada juga Melayu masuk parti DAP, Kerana apa? kerana rasa iri hati dan cemburu atas kejayaan orang lain.

Kita ambil contoh Anwar Ibrahim (B apa A nwar B in I brahim = Indonesia singkatannya BABI), apabila berkunjung ke Indonesia sering mengutuk Negara Malaysia, kutuk Batik Malaysia, Kutuk layanan kita kepada orang gaji indonesia, kerana apa? kerana iri hati dan cemburu terhadap orang lain yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Agaknya rakan2 Anwar disana masih berharap Anwar dapat jadi Perdana Menteri kerana jutaan wang Malaysia dalam nilai RM500 dan RM1000 milik Anwar yang disimpan mereka tidak dapat digunakan, kalau Anwar jadi PM dia akan bolehkan tukaran itu.

Kebelakangan ini di Stadium Indonesia slogan 'Indon Bisa' pula kita lihat, agaknya cuba nak tiru slogan 'Malaysia Boleh'.
TETAPI lain pula di Malaysia, Anwar dan Melayu PKR serta Melayu PAS ada slogan mereka, iaitu 'Malaysia Tidak Boleh' untuk apa saja yang hendak dibuat oleh Melayu UMNO.

Sunday 13 November 2011

Tugu Negara tidak kenang Perajurit Melayu

Tiada nama perajurit Melayu, Cina atau India dipahat.
Semalam kekecohan dan pergaduhan terjadi di Johor apabila Pakar Barang Purba PAS iaitu Mat Sabu hendak mengadakan ceramah disana. Kemarahan rakyat terhadap Mat Sabu memang ketara walaupun banyak isu isu  baru timbul namun isu Mat Sabu sokong Komunis tetap tidak dapat dilupakan.

Dalam kemarahan rakyat terhadap Mat Sabu ini terdapat juga segelintir penyokong PASyang bersimpati kepada beliau. Apa tidak nya, ada penyokong2 mengatakan bahawa

"sekurang2nya Ustaz Mat Sabu perjuangkan orang Melayu di Bkt Kepong walau pun ianya komunis (Mat Indera). kerajaan UMNO dikata sanjung perwira tapi satu nama askar melayu yang gugur pun tidak dipahat di tugu negara".

Balun jawab: Dulu sebelum pahat nama, ditanya dulu kaum kerabat yang terkorban boleh dipahat atau tidak nama? jawabnya jangan, takut nanti ada yang puja, ada yang bawa limau ke tugu, jadi syirik pula. sebab itu tidak ada nama perajurit melayu di tugu negara.

Nanti ada yang bawa lilin bertafakur kat tugu negara macam Nizar Perak buat kat Teoh Beng Hock macamana pula?

Wednesday 9 November 2011

Kambing Terbang!!!

si Bien dan si Paas.
Di dalam semak berdekatan, mereka ternampak lalang dan pokok pokok kecil bergerak seakan akan ada binatang didalam semak itu,
Paas : ada binatanglah dalam semak itu wahai Bien,
Bien : aku agak itu ayam
Paas : aku gerenti itu kambing 

Tiba tiba keluarlah binatang didalam semak itu iaitu ayam, maka bersorak gembiralah si Bien.
Bien : aku dah agak ayam....tu ayam..(sambil menunjuk ke arah ayam itu)
Paas : mana? (sengaja buat buat tidak nampak ayam itu)
Bien : itu... itu kan ayam ...aku dah kata dah!
Paas : itu kambinglah wahai Bien

Tiba tiba ayam itu terbang dihadapan mereka berdua
Bien : tengok......aku dah kata ayam, terbang pula tu....
Paas : kambing lah!!!!.
Bien : ooi kambing mana boleh terbang?
Paas: aku kata kambing....kambinglah!!!!

 TERNYATA si Paas itu bodoh sombong...............

Wednesday 26 October 2011

Nasonalis itu murtad tapi tafakur lilin membawa berkat

Nik Aziz berkata golongan nasionalis turut sama murtad kerana golongan yang memperlekehkan Agama Islam. Apa pun sebelum itu perlu kita hayati sejarah apabila Anwar Ibrahim terang terang mengaku bahawa dia adalah nasionalis melayu yang perjuangkan melayu dan agama islam, jadi apakah Anwar Ibrahim sebelum ini murtad, kalau sudah murtad apakah masih lagi diterima oleh PAS.

Perbuatan perbuatan yang terang terang melanggar Hukum Islam seperti bekas MB Perak Nizar yang bertafakur menghormati Teoh Beng Hock dengan memegang lilin tidak pernah dikatakan tidak betul oleh Nik Aziz. Kesan daripada perbuatan itu telah menjadi ikutan pelajar pelajar UIA bila mana semalam mereka menjadikan lilin sebagai tanda bertafakur menyokong Aziz Bari di UIA.

Sebagai seorang Islam teguran harus dibuat kepada semua jika melakukan kesalahan dalam hukum Islam dan bukan pilih bulu kerana strategi politik.

PAS masih lagi memegang prinsip ' BOLEH BUAT APA SAJA DLM POLITIK KERANA ITU DIKIRA STRATEGI DLM PEPERANGAN ' termasuk menukar hukum hukum ugama dan keluarkan fatwa sesuka hati mengikut cuaca dan ketika.

Sunday 9 October 2011

Namewee icon 1 Malaysia, NO WAY!!!



Letak Orang Utan Icon 1 Malaysia lebih baik drpd Namewee

Namewee yang telah menghina orang Melayu dan Agama Islam telah dinobatkan sebagai icon 1Malaysia oleh PM. Amat mengelirukan, agaknya hari ini kalau nak jadi icon atau jadi terkenal macam Namewee itu patut berkelakuan kurang ajar dengan bangsa bangsa lain dan hina agama mereka!!!.

NGO NGO dan penyokong dibawah yang menyokong kerajaan harap jangan dipaksa unyuk menyokong celaka seperti Namawee ini bahkan haram jadah yang menghina azan, berani mengaku persendakan pakaian bertudung perempuan Islam ini patut diludah setiap kali bersemuka ataupun masukkan dalam guni dan hanyutkan saja dalam sungai Muar, kita marah Namewee bukan kerana dia bangsa cina tapi kerana perangai kurang ajarnya itu.

Jangan salah faham, kita sokong kerajaan tapi itu tidak bermakna semuanya disokong. Dah tu pula dengar kata tindakan undang undang akan diambil terhadap anggota polis yang membaling bom asap semasa himpunan bersih dulu, tak kah pelik?, Ambiga yang mengkristiankan orang Islam masih bebas kesana kemari tapi si Koperal yang disuruh mengawal keselamatan di ambil tindakan.

Sokong jangan sampai sokong membawa rebah. Yang pasti JomBalun tetap menyokong Koperal yang baling bom asap itu dan jangan harap walau seinci nak sokong Namewee celaka sebagai Icon 1 Malaysia, lebih baik bubuh orang utan jadi icon.



Wednesday 28 September 2011

Khalifah Umar Abd Aziz tolak Hudud, PAS patut beri gelaran baru!



PAS hari ini dilabelkan oleh bukan Islam sebagai parti untuk orang orang yang tidak berpelajaran yang kerja mereka hanya menghasut rakyat untuk menghina dan bermusuhan sesama sendiri, PAS juga sedar mereka diperkudakan oleh DAP dalam banyak perkara tetapi tidak mampu berbuat apa apa kerana mereka sendiri sedar betapa lemahnya parti mereka. Untuk mengharapkan PAS perjuangkan Islam memang tidak ada lagi kerana bagi mereka perjuangan parti lebih utama.

Pengikut pengikut mereka diajar supaya menjadi lebih bodoh seperti mengatakan video dan rakaman adalah bukti besi yang pekak dan tuli, tapi dalam setiap ceramah mereka ambil video dan buat rakaman. Dulupun ada yang menyesal berhenti kerja daripada Bank bila dikatakan bekerja dengan bank berdosa kerana amalkan 'riba'.

Pengikut pengikut mereka dibawah yang dahagakan perjuangan Islam daripada parti PAS hanya mendapat sumbangan daripada parti itu bila hanya ada kenduri dan kematian untuk bacaan doa sahaja. Tidak ada aturcara ekonomi langsung untuk membantu rakyat, yang hanya didengar adalah untuk menjual tanah dan kayu balak. Pakar ekonomi PAS Mahfuz tidak pernah belajar pun dlm bidang itu, dia dipiilh kerana suka pergi kenduri ahli ahli PAS.  Timbalan Presidennya Mat Sabu dipilih bukan atas dasar keilmuwannya untuk menolong rakyat tapi kerana pandai bercerita, pandai mencarut, dan amat bernasib baik kerana dapat membeli perwakilan dalam pemilihan, itu pun bila tenaga PBA Pulau Pinang diarah oleh Guan Eng untuk memastikan kemenangan Mat Sabu. Jadi yang untung adalah DAP dan bukan PAS.

Pengikut pengikut PAS disuruh berjihad dari segala segi sehingga ada yang terkorban seperti yang mati dalam peristiwa Memali. Sumbangan PAS kepada rakyat tidak lebih sebagai pengkritik, adakan program program ceramah sahaja dan mengajar rakyat untuk memberi gelaran kepada sesama saudara Islam seperti Anwar AlJuburi, Mahathir FirAun, Paklah Badawi jaga lembu,Najib Altantuya dan G Eng Khalifah Umar Abd Aziz.

Kini bila khalifah Umar Abd Aziz di Pulau Pinang menolak hudud apa pula gelaran yang akan diberi oleh PAS?
Gelaran yang diberi dan takbir yang dilaungkan bila Guan Eng berceramah mengambarkan betapa cetetnya pemimpin pemimpin PAS dalam memperjuangkan parti itu kearah mendapatkan sokongan rakyat terhadap mereka. Jadi apa untungnya menyokong PAS?????

Seorang penceramah DAP pernah berjenaka mengatakan bahawa Dunia melihat Islam sebagai Ugama untuk orang mundur, Miskin dan Ganas. Bagi JomBalun kata kata itu amat sesuai ditujukan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sunday 18 September 2011

SumbanganKemerdekaan dan Hari Malaysia dari Parti2 Politik di Malaysia..


David Copperfield ahli magik yg diminati oileh Mat Sabu 121.
 Sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Lain pula sambutan buat parti parti politik Malaysia yang sukakan kekacauan dan mahu negara ini huru hara.

Bagi PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu 121 dah jadi seorang yang pelupa. Lupa kenderaan polis mana yang dikata langgar dia kejap landrover kejap Waja, Lupa yang dia kata komunis itu perjuangannya, Lupa apa yang dia mencarut dengan Norma dalam perbualan talipon yang ada dlm U Tube sekarang. Ada pula ungkapan bukti besi, tapi kalau kena kat kaum keluarga sendiri baru bukti besi tu boleh pakai.

Bagi DAP, Meraikan harijadi Lim Kit Siang dengan pemimpin pemimpin Singapura, juga meraikan ISA yang bakal dihapuskan di Malaysia. Juga agaknya meraikan ISA yang dikekalkan di Singapura agar dapat satu hari dicontohi mereka andaikata mereka berkuasa. Manoharan pula mula dah kata bendera Malaysia di ciplak dari Amerika & malu dengan negara sendiri, maklumlah dah dekat nak dibuang ISA maka bebaslah dia nak berkata apa pun.

Bagi KeAdilan pula, Anwar teringat 16 sept yang tak jadi, malam tadi ceramah dia di Stadium Bandaraya tak sampai pun 400 hadir. Guan Eng pun tak jadi pergi jadi tinggallah Anwar dan Husam saja.
Anwar berucap meleret tak ada mood. agak duk teringat sandal dan baju yang dia pakai kat kondo dengan china doll nak sembunyikan kat mana, jam Omega yang ditemph pun tak siap siap lagi. Dia duk tanya tanya video kat lobi bila pula nak keluar.

Bagi BN pula, berita PM umum nak hapuskan ISA ada yang sokong ada yang tidak. Yang sokong tu kebanyakannya mungkin yang ada jawatan, maklumlah dekat dekat pilihanraya ini, takut takut tak jadi calon. Yang tak sokong pun ada, masakan tidak, dulu disuruh pertahankan ISA sekarang lain pula jadi nya. Ada yang print banyak T Shirt, sticker YES TO ISA  NO TO BERSIH, kat mana nak buang T shirt dan Sticker tu??.


In Politic Everything is Possible!!!!
David Copperfield hari jadinya 16 sept, ingat panggil dia datang buat Magik dengan parti parti politik di Malaysia. Bagi hilang semua kah...kah...kah..

Saturday 10 September 2011

Sambutan Aidilfitri bertukar jadi Plihanraya Kecil Pmtg Pauh.

Sek Men Guar Perahu, Penanti, Pmtg Pauh.

Jln depan Kg Pelet
Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia besok dah bertukar seperti menyambut Pilihanraya Kecil. Hari ini di sepanjang Jalan Utama di Kawasan kampung Pelet telah dipenuhi dengan bendera bendera PAS sehingga ke Sekolah Men Guar Perahu yang akan menjadi lokasi acara tersebut.

Difahamkan pihak pemuda umno bahagian permatang pauh akan menjalankan operasi untuk memasang bendera umno pula malam ini. Poster poster PAS pun banyak tapi ada gambar Nik Aziz dengan Hj Hadi saja, gambar Mat kucing komunis tak nampak pula mungkin terlalu kecil untuk dilihat daripada dalam kereta atau gambarnya di pasang dalam semak ala gerila komunis. yang agak heran sikit sehingga jam 7 ptg tadi tidak ada pun bendera Adil, tak tahu kenapa, mungkin tanya Anwar dulu nak buat macamana.

Besok berlangsung tiga acara sekali di Parlimen Pmtg Pauh iaitu, Rumah terbuka Aidilfitri 1 Malaysia di Guar Perahu, Rumah terbuka PAS Pmtg Pauh di Pmtg Pasir, Rumah terbuka Wanita Keadilan Pmtg Pauh di Sg Semambu.

Friday 9 September 2011

Rumah Terbuka 1 Malaysia akan di sabotaj!!

sambut PM dengan bendera PAS/ADIL
Kawan aku Tok Jeng dah maklumkan kepada rakan rakan semua akan niat jahat Pakatan Rakyat untuk membuat provokasi dan mencari publisiti untuk tunjuk keberanian mereka pada rumah terbuka 1 Malaysia di Guar perahu Pada 11 sept 2011. Antaranya ;

Lim Guan Eng dan barisan EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang akan ke rumah terbuka tersebut tanpa peduli jika mereka dijemput atau tidak jam 11.20 pagi.
Pemuda PAS dan Pemuda PKR akan berkumpul ramai ramai di depan SMK Guar Perahu dengan berbaju kuning untuk berdemonstrasi dengan Banner Altantuya dan banner cincin berlian Rosmah.
Parlimen Pmtg Pauh akan dipasang dengan bendera bendera PAS/PKR di semua laluan PM dan rombongan.
Wanita PKR Bahagian Pmtg Pauh pula diarahkan untuk membuat rumah terbuka Wanita Keadilan pada tarikh yang sama untuk jemputan seramai 3000 orang.

Semua ahli PKR/PAS DIARAH HADIR untuk membuat provokasi dan membuat kacau.

Rata rata ahli PR merasakan bahawa mereka begitu kuat di Permatang Pauh dan UMNO di situ sentiasa dalam ketakutan dengan mereka......agaknya

Jangan lupa Mat Sabu mungkin akan datang juga, mungkin ke majlis jamuan rumah itu dengan memakai topi Bintang Tiga kebanggaannya.

Saturday 3 September 2011

PSSGM Tak Izinkan Mat Sabu Masuk ke Kedah


Prresiden PSSGM Dato' Adiwijaya Abdullah
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.

Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.

"Saya tahu Kedah diperintah Pas dan Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Pas tapi Tuanku Sultan memiliki kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah melarang Mat Sabu memijak bumi Kedah.

"Kita tak mahu Mat Sabu menjadi lebih biadab dan bercakap hanya mengikut sedap hati beliau sahaja," katanya.

Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan, seluruh anak-anak gayung merasa terkilan dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan Mat Sabu itu.

Dipetik dari: http://www.ultra.news.com/

UNDI PAS JADI KOMUNIS???

hah, baguih, baguih, hangpa semua kena ikut sama jadi KOMUNIS, sokong Chin Peng!
Dulu dulu PAS kata nak Islamkan DAP
Sekarang DAP dah Komuniskan PAS

Dulu dulu PAS kata nak ganti UMNO
Sekarang DAP dah ganti PAS

Dulu dulu PAS kata   UNDI PAS MASUK SYURGA
Sekarang                   UNDI PAS MASUK KOMUNIS.

Semuanya berpunca daripada Ahli Kaji Purba PAS Mat Sabu 121 yang baru menjalankan carigali di Padang Menora.

Friday 2 September 2011

KEDAIFAN MELAYU ISLAM

Setelah lama meneliti situasi ini, aku terpanggil utk blog ttg isu ini. Jika pendatang dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, China, dan lain-lain boleh hidup selesa di Tanah Melayu tercinta ini dan bila kembali ke negara asal dpt hidup senang drp hasil yg diperolehi di negara ini tapi KENAPA masih ramai orang MELAYU kita yg masih hidup didalam keadaan susah dan terpaksa meminta-minta untuk sesuap nasi - ibu tunggal, fakir dan ramai lagi yg entah apa istilahnya. Tidak dinafikan ramai MELAYU yg membantu tetapi masih ramai lagi yg ada. Sedih aku lihat bangsa aku yg terpaksa hidup meminta-minta.

Dan juga aku lihat banyak pertubuhan Islam (Maahad Tahfiz, Pertubuhan/Persatuan Islam dan banyak lagi) yg existence nya hanya atas dasar bantuan, sumbangan, derma dr khalayak Muslimin Muslimat. Mungkin ada tetapi tidak pernah pula aku terjumpa pusat-pusat agama lain menggunakan kanak-kanak di serata R&R lebuhraya, di kawasan mesin ATM bank-bank, dan lain-lain lokasi strategik untuk memungut derma dan sumbangan!!!  Kalau pertubuhan kristian, buddhist dan hindu kebanyakan kewujudannya bukan untuk meminta tapi memberi, termasuk memberi kpd orang Islam yg terpaksa meminta!  Kita kerap bercerita ttg organisasi kristian yg kaya dan banyak menjalankan aktiviti dakwah melalui mubaligh-mubalighnya yang terlatih dan dibekalkan dengan sumber kewangan yang lebih dari mencukupi.  Bagaimana pula kita, yang Melayu Islam ini?  Setahu aku Pusat-Pusat Urus Zakat (PUZ) tidak kurang kayanya, mempunyai bangunan-bangunan yang tersergam indah!  Kalau tidak keterlaluan aku kata, mungkin jika kantong semua PUZ dikumpulkan tahun demi tahun, angkanya mungkin sampai ke billion ringgit!  Bagaimana itu semua diuruskan tidak mahu aku bincangkan, semua yang dilantik adalah bijak pandai dan yang berpendidikan agama tinggi, tapi mungkin kita perlukan juga orang pengurusan yang berkredibiliti tinggi untuk duduk bersama didalam PUZ.  Tidak guna jika kita cuma berikan sumbangan dan bantuan, itu semua akan habis dan perlu diberikan lagi - lebih baik ajar mereka cara menangkap ikan daripada diberikan ikan yang telah siap ditangkap.

Sempena bulan yg mulia ini, aku masih melihat hal-hal ini, sedih dan terpukul rasanya aku sebagai Melayu dan Islam. Apa yg boleh kita lakukan? Lebih banyak beretorik, berpolimik dan berpolitik? Itukah caranya Melayu Islam dpt dibantu dan dinaikkan statusnya????????  Wallahualam.

Wednesday 31 August 2011

Mat Sabu istihar siapa pengkhianat PAS


Sapa makan gaji dengan BN dia pengkhianat PAS!!
 LAGI MAT SABU BUAT HAL

Ini yang buat perwakilan PAS yang mengundi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS menyesal tak habis mengundi beliau.

Beliau mengatakan bahawa Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan (pengkhianat bangsa) kerana mereka 'makan gaji' dan mulut mereka disuap oleh British yang menjadi pemerintah ketika itu.

Apabila Mat Sabu berkata begitu dia seolah olah berkata kepada ahli ahli PAS sendiri,

Kerana banyak pejuang pejuang PAS 'makan gaji' dengan kerajaan Barisan Nasional.
Ada kah mereka ini pengkhianat PAS ?
Ada kah mereka ini tidak layak digelar pejuang PAS kerana mulut mereka disuap oleh kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah ketika ini?

Bayangkanlah apabila Lim Guan Eng Setiausaha Komunis tempat Mat Sabu berlindung dalam Malaysia Insider semalam bertanya kepada ahli ahli pakatan rakyat "Mat Sabu Islamist or Communist?"

Kalau tanya Jombalun, oleh kerana Mat Sabu ini selalu pelupa jawabnya "Mat Sabu is like Anwar" ada dua alam, kejap Komunis kejap Islam.

Mat Indera & Mat Sabu ada sama ka?


Mat Indera  (Al Hafiz)

Mat Sabu (Al Badut)
 
Siapa Mat Indera..?
Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera  Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor. Masuk ke hutan pada tahun 1948 dan berjuang secara gerila untuk menumbangkan kerajaan British di Tanah Melayu. Nak tak hendak dia terpaksa berjuang bersama sama dengan kumpulan cina yang dikenali sebagi bintang tiga, membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung. Dia dituduh sebagai tidak beragama, berbahaya dan komunis ganas. Mat Indera juga menjadi ketua komunis Melayu di daerah Batu Pahat, Muar dan Melaka.


Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera tetapi usaha mereka sia2 kerana ilmu ghaib dan ilmu kebal Mat Indera yang sangat tinggi. Bahkan hadiah RM75 ribu akan diberi sebagai ganjaran untuk menangkap nya. 
Akhirnya pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri Medan, dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkannya rasa mengantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Mengenai serangan di Bukit Kepong, dipercayai dia yang mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong, namun dia sendiri tidak menyangka ahli2 komunis berbangsa asing di bawah arahannya akan bertindak sezalim itu dengan membakar mayat mangsa2 korban di Bukit Kepong.
Pejuang kemerdekaan atau pengkhianatkah  MAT INDERA..?



Kenapa Mat Sabu cerita perihal Mat Indera?
1) Sebab Nama dia pun Mat juga tapi Mat Sabu. Dia tak nampak banyak perbezaannya dengan Mat Indera. Mat Indera diketahui umum sebagai Al Hafiz. Mat Sabu pula diketahui umum sebagai Al Badut.


2) Sebab Mat Sabu ingat kalau Mat Indera boleh kawan dengan Cina Komunis dia pun boleh kawan dengan Cina DAP iaitu adik komunis.


3) Sebab 'publisiti besar atas nama Mat Indera' dan ganjaran untuk tangkap Mat Indera berharga Rm75 ribu. Mat Sabu pun 'nak publisiti besar'  bukan untuk di tangkap tapi nak beritahu rakyat semua yang dia pi repair kepala lutut tak sampai Rm5 ribu tapi tuntut Rm8 ribu lebih.


Komunis atau Pak Lawak kah Mat Sabu..?

nota kaki:

 

KOMEN DARI PELAWAT"

 

Anonymous said...

Flashback ..... 1950. Siapa yang memerintah Malaya waktu itu? British? Apakah Malaya suadah pun merdeka pada 1950? Kalau bukan negara merdeka dan masih dijajah keturunan suku sakat Benggali Puteh, apakah yang patut kita gelar para anggota tentera dan polis yang berjuang bermatian mempertahankan negara terjajah? Apabila datang Jepang dengan konsep Asia Rayanya, dan kitapun tentang mereka sehingga ke titisan darah terakhir seperti cerita Lt Adnan Saidi dan lain-lain, semata-mata mempertahankan negara terjajah yang para soldadu putihnya serta pemerintah mereka telah pun lesap melepaskan diri .... bila Jepang kalah akibah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, siapa yang kembali ke Malaya, malah mahu menghilangkan kuasa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union, siapakah yang kita pertahankan? Siapa? Siapa?

Apakah askar dan polis (termasuk SC - Special Constable) pada zaman penjajahan British itu pejuang kemerdekaan? Memang si-Cina komunis atheis celaka yang dikepalai Si-Babi Chin Peng bukannya pejunag kemerdekaan ..... siapa pahlawan dan pejuang kemerdekaan waktu zaman penjajahan. Adakah askar dan polis yang menangkap pemimpin-pemimpin partai-partai politik kiri yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan itu hero perjuangan kemerdekaan, sedangkan merekalah dek kerana gaji tak seberapa daripada penjajah British sanggup menangkap serta mengurung bangsa sendiri yang berjuang untuk kemerdekaan, tidak kiralah jikapun diantara perjuangan mereka berkonsepkan melayu-Raya yang mahukan penyatuan luas bangsa melayu dengan Hindia Belanda (Indonesia sekarang ini).

Fikir-fikirkanlaj. Akan tetapi walau bagaimanapun, si-komunis celaka yang tidak bertuhan BUKANnya hero kemerdekaan!

Saturday 27 August 2011

Kepala Lutut Mat Sabu berharga Rm 8 ribu

Dulu aku kata hang kaki juboq la depa kata aku Badut pula



  Ucapan M.Sabu di Padang Menora, Tasek Glugor, P.Pinang.

Di dalam ucapan nya dia telah mengatakan bahawa komunis di Malaysia adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya. Dia merujuk kepada peristiwa komunis menyerang dan membunuh anggota polis dan kaum keluarga mereka di Bkt Kepong dan dalam insiden itu komunis komunis cina itu dianggapnya hero, bukan polis serta keluarga melayu yang dibunuh oleh komunis komunis itu.

Mat Sabu bulan lepas memang cukup malu dan terkantoi apabila cuba nak dapat publisiti kononnya dilanggar polis tapi dia yang langgar polis bila video 'bukti besi' ditunjukkan. Lepas tu termalu lagi bila dalam laporan polis dia kata proton waja tapi yang betui betui land rover polis yg dia langgar.
Imejnya sebagai orang no 2 dalam PAS dah di cop sebagai tukang lawak dalam parti itu oleh ahli ahli sendiri.
SEBAB ITU LAH DIA BENCI POLIS.

Dia kata lagi... sekarang sejarah dilakar oleh UMNO dan kalau PAS menang dia nak tukar sejarah ala PAS pula, antaranya yang pasti ialah para pejuang kemerdekaan adalah komunis, polis dan tentera pula adalah dipihak penjajah british, Chin Peng kena di beri penghormatan, cerita dia kena tangkap basah dalam bilik 121 di kota bahru tidak boleh diterbitkan masa itu (agaknya).
Agaknya anggota2 tentera dan polis yang terkorban itu belum dapat hadis lagi nak letak kategori terkorban sebagai apa.Kena tanya Nik Aziz dan Hj Hadi.

Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang dibawah Lim Guan Eng telah membayar RM 8,343.00 (lapan ribu tiga ratus empat puluh tiga) pampasan kepada Mat Sabu kerana cedera parah dilutut kerana bodoh sendiri jatuh moto (memang kepala otak dia dari Maktab Adabi Dulu duk kat kepala lutut, hari2 duk gebang kat stesen bas BM).

Lepas ni bila dah dapat claim, Guan Eng akan suruh Mat Sabu kata pula bahawa,
Hang Tuah di Melaka itu adalah Pahlawan Kung Fu berbangsa Cina bernama HANG TOO AAH. Orang melayu Melaka semua takut kuntau Cina Kung Fu Hang Too Aah lalu jadilah pahlawan cina ini sebagai ketua dan hulubalang melayu, ini macam Kung Fu Lim Guan Eng yang juga dari Melaka. Kung Fu Lim Guan Eng memang handal sebab itu dia jadi ketua di Penang.


Dalam ertikata lain mengikut Mat Sabu pelawak sarkas PAS bahawa.
Buang "Ketuanan Melayu" Ganti dengan "Ketuanan Cina DAP"

Friday 26 August 2011

Salam Eid-ul Fitr & Salam Kemerdekaan

 Salam Eid-ul Fitr & Maaf Zahir Batin untuk semua TER......


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-54
Jangan sia-siakan perjuangan mereka yang terdahulu bagi menegakkan KEMERDEKAAN
demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA yang tercinta
JomBALUN mereka yang cuba menidakkan dan memperkecilkan perjuangan
para pejuang dan pahlawan KITA

Tuesday 23 August 2011

Guan Eng Bakar Pejabat DAP


Sendiri bakar salah orang
 Kebakaran Pejabat DAP di Jalan Talipon Pulau Pinang

Cerita yang berbelit belit
Bila terbakar sahaja pejabat DAP tersebut, Lim Guan Eng terus menyalahkan Melayu Pulau Pinang, katanya punca kebakaran ada kaitan dengan larangan azan dan membaca Quran dengan speaker. Bahkan menurut beliau lagi bantahan yang diterima adalah daripada orang Melayu sendiri.

Cerita sebenar yang tak berbelit belit.
-Bantahan Azan dan membaca Quran menggunakan speaker dibuat oleh pengikut DAP berbangsa cina, surat bantahan itu di hantar kepada YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pengirim surat itu adalah seorang wanita daripada Batu Lancang.
-Pejabat DAP itu memang tidak digunakan oleh DAP lagi cuma bangunan kosong tapi sengaja Guan Eng kata masih digunakan. Matlamat utk meraih simpati bila dibakar.
-Yang membakar pejabat DAP itu adalah ORANG CINA sendiri. Disahkan oleh penduduk penduduk di kawasan tersebut.

GUAN ENG SURUH ORANG SENDIRI BAKAR PEJABAT DAP UNTUK DIJADIKAN ISU.



Monday 22 August 2011

Tangguh kes Anwar ke 666 kali !!!


Bapa Setan
 Kes Liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim sudah ditangguhkan lebih 66 kali. Ingat Tuan Hakim saja nak tangguh 2 kali lagi sampai ngam ngam jadi 69 kali. Baru betul betul jadi kes tungging terbalik. Macam gambar kama sutra pula episodnya.

Angka 66 ada yang kata anak setan. Angka 666 pula bapa setan!!!. Tak kan nak tunggu kes tertangguh sampai 666 kali.

Saturday 20 August 2011

Mahkamah Katak, kes Anwar ditangguh lebih 60 kali.



KATAK BESAR SUSAH NAK TANGKAP



Program berbuka puasa Anwar di DUN Penanti Parlimen Pmtg Pauh petang ini sedikit sebanyak sudah ada gambaran bahawa pengundi pengundi Pmtg Pauh yakin penuh akan penglibatan Anwar dalam Video sek nya.  Dalam program itu ada peserta di belakang berborak sesama mereka seperti berikut;

Kata Chu Hxxxx "sokong BN semua barang Naik"
Kata Pak Dixxx dalam nada menyindir "BN tak guna Barang Naik, tapi Boss kita naik depan Belakang kah..kah...kah"
Kata seorang lagi (org luar)"Anwar buat kerja tak elok itu masalah peribadi dialah oi!, yang pemimpin UMNO buat lebih dari itu lagi, apa pun kita kena sokong Anwar, hampa tau tak? terror tak terror Bos kita, kes diapun dia boleh tangguh sampai lebih 60 kali"
Sampuk Chu Haxx " Biaq betuui?"

(Memang kes Anwar telah ditangguh lebih 6o kali, ada yang kata macam Mahkamah Katak - main lompat)

YAKIN ANWAR TAK BERMORAL TAPI TETAP SOKONG!
Anwar 'katak pisang', pengikut 'katak bon'.

Monday 15 August 2011

THE TONG 'TAIK' STORY by Hj Hadi Awang


aadduuhh .... pasai apa la depa mai dakap aku .... lani semua
kena Pakat Rasa...
Semua Keluar Tong
Alkisah maka diceriterakan kepada aku oleh seorang taulan blogger tentang kisah TONG TAHI (betul tak betul ceritera ni aku tak tau lah tapi tuan puan fikir la sendiri ) – tapi tak sedap nak sebut cara sebutan baku tu, sebut cara sebutan harian TAIK lebih sedap.

Kisahnya, rewind 30 tahun lalu. Pemimpin sebuah pertubuhan belia Islam yang besar berhasrat nak masuk politik dan beliau pada masa tu berada didalam DILEMA – nak join parti berlambangkan bulan ka atau parti yang ada keris bersilang. Pikiak pi, pikiak mai, si pemimpin tu buat keputusan nak berkeris, tak mau pi ke bulan. Alasannya nak cuci parti tu dari dalam – fight from within katanya. Dan antara response daripada para pemimpin utama parti bulan ialah, “awat la bodo sangat si Awang ni, nak pi masuk terus ke dalam tong taik tu buat apa, patutnya guna la paip, semboq bagi cuci dulu …....”, lebih kurang macam tulah katanya, tapi bukan la guna loghat utara tapi loghat orang Marang Terengganu.

Dan selama 16 long years, bak kata orang putih, si Awang berada didalam tong taik, sehingga naik jadi orang no. 2 didalam tong tu. Dan ttuuuppppp …... bila si Awang tu kena hambat keluaq dari tong taik, antara orang mula-mula yang memeluk si Awang tu ialah si pemimpin yang kata dia bodo dulu tu la. Tak sedar kah dia yang dipeluk tu ialah tong yang berisi taik selama 16 – ENAMBELAS TAHUN lamanya. Patutnya sebelum memeluk tong tu patutnya disimbah dulu dengan air paip ….... yang peluk tu satu cerita la … ada lagi orang-orang bermata sepet dan berbauk tapi tak bersarban datang menaiki roket berjabat salam dan berdakapan dengan si Awang ….. maka terpalit dan terbau TAIK lah semuanya hingga ke hari ini …... dan disebabkan sama-sama telah terpalit dan terbau maka ditubuhkanlah satu gerombolan yang dinamakan PR – PAKAT RASA taik.

Begitulah ceritera taulan ku yang ampunya kisah.

Sunday 14 August 2011

MALAY DILEMMA REVISITED: 1970 - 2011

NO DILEMMA OR LIVES IN A DILEMMA?



Are the Malays in our beloved MALAYSIA still very much in a DILEMMA - 41 years after the book on the same subject was written by our ex-PM Tun Mahathir?  In 2 weeks time we will be celebrating our 54th year of MERDEKA and yet the MALAYS are still in a dilemma .... the Malays are said to have no real JATIDIRI (the English translation of the word will not be very exact), they are easily swayed, can be easily influenced, can be bought .... hence when there were Moslem Malays who attended a christian function in a church and a raid was conducted by a state Islamic Religious Department, there are comdemnations not from the christians and other non-Moslem Malays but from the Moslem Malays themselves .... and what is most disheartening .... resistance from some of those who called themselves Malay (Moslem) leaders!!!

And when ... a northern state under the controlled of an ULTRA-KIASU party released a FATWA banning mosques (suraus as well I supposed) from playing-back recorded Al-Quran recital before dawn prayer, it was heartily supported by the Malay leaders who are still in a DILEMMA, no JATIDIRI; they do not know who they are .... always kowtowing to the ultra-kiasu leaders!

Aaahhh YES Tun M ...... the MALAYS ARE STIILL IN A DILEMMA

Friday 12 August 2011

Apa Itu BOSS ??? Siapa Itu BOSS ???



Boss, Boss, Boss

Boss is an Americanism derived from baas (master) which the Dutch colonists and founders of New York City used to call their masters. Bass sounded more democratic than " master" and so was adopted by the Americans.Washington Irving, however used it as "boss" in 1806 . In Dutch, baas was also once used to mean "uncle", probably in relation to the Old High German basa (aunt).

BAAS (now an English word ) was used by the South Africans too in addressing their white masters.In an effort to stamp out its American equivalent "boss". J Fenimore Cooper wrote to Noah webster denouncing it as barbaric and vulgar. Boss rears its ugly head even among the coloured races. Thus, we have the African BWANA , the Turkish EFFENDI, the Arabian SHEIKH, the Indian SAHIB, the Japanese SHOGUN, the Malay TUAN and the Chinese TOWKAY.

Today, bossing around is no joke . It's easier to serve two masters than master two servants!
Karpal Sing- Boss Pakatan Rakyat
Towkay BOON SIEW

  



 
Mahkamah amat takut kpd Anwar
"BOSS MAHKAMAH" 

Thursday 11 August 2011

Berdoa di dalam majlis 'Thanks Giving' dalam Gereja



Panduan bacaan doa ini telah diluluskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 bersamaan 21 Syawal 1415 Hijrah. 


PENDAHULUAN
Doa merupakan satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk. Dengan demikian ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa bukan boleh dilakukan sebagai satu acara kebudayaan atau adat yang kosong dari roh ibadat atau rasa tawaduk kepada Allah. Doa merupakan salah satu cara hidup orang Islam yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadat, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik. Garis panduan doa dibawah adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan yang harus dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini.
Tujuan majlis yang akan menentukan sama ada doa itu harus dilakukan atau sebaliknya.

TAKRIF DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba kepada Allah dari hati yang ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolak bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

TEMPAT BERDOA
Tempat berdoa yang diharuskan antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti perhimpunan di masjid-masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan ruang terbuka (seperti padang).
Tempat berdoa yang tidak diharuskan ialah tempat yang terdapat perkara-perkara yang boleh mencemarkan kesucian Islam. Di antara tampat-tempat tersebut ialah tugu, tempat yang terdapat patung-patung manusia, atau patung-patung haiwan, gambar-gambar atau lukisan-lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga tempat-tempat yang mengandungi acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang menghidang minuman keras dan sebagainya. Contoh dalam majlis "THANKS GIVING' dalam gereja!!!!

MASA BERDOA
Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaik-baiknya pada permulaan majlis berkenaan.

SUASANA KETIKA BERDOA
Suasana semasa berdoa hendaklah dalam keadaan majlis yang tenang dan khusyuk.

TUJUAN DAN CARA BERDOA
Setiap doa hendaklah mempunyai tujuan yang baik yang dibenarkan oleh syarak.
Doa yang diucapkan hendaklah diadakan dalam keadaandan cara berikut:

a. Diketahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah;
b. Dibaca dengan betul mengikut adab-adab doa;

c. Dibaca dengan suara yang sederhana.

d. Dibaca dengan nada dan rasa yang khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T.; dan
e. Dibaca dengan penuh yakin dan ikhlas agar ia dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

SYARAT-SYARAT PEMBACA DOA
(a) Ia seorang yang berkemampuan dalam bacaan doa
(b) Ia mengetahui kesesuaian doa yang dibaca bagi sesuatu majlis yang diadakan.

PENUTUP
Adalah diharapkan garis panduan ini dapat digunapakai oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, pihak swasta serta seluruh umat Islam di Negara ini demi menjamin semua amalan agama yang dilakukan mengikut kehendak syarak yang sebenar dan suci dari sebarang pencemaran dan seterusnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Sunday 7 August 2011

Malaysia Negara Keristian??

Ingat, walaupun Salahuddin Al-Ayubi dan
Richard The Lion Heart telah lama tiada
tetapi perang salib masih berterusan!!!


Kita mahukan keamanan, apabila negara aman kebebasan berada dimana mana, cuma apabila aman, ada pihak yang cuba menguji sejauh mana keamanan itu boleh dipergunakan utk perjuangan sendiri. Program untuk bantuan ibu2 tunggal di Selangor yang diadakan di sebuah gereja baru baru2 ini jelas menunjukkan bahawa ancaman terhadap orang orang Islam masih dipertingkatkan tanpa mengira kemarahan rakyat yang majoritinya berugama Islam.

Ini mengesahkan  kenyataan Sdr Razali Abd Rahman, ahli DAP yang pernah secara tidak menduga hadir dalam majlis ikrar paderi kristian DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kristian. Dia hilang kerja, ancam dibunuh dan dipecat dari DAP.

Dalam hal ini ada lah dirasakan bahawa slogan 'NEGARA BERKEBAJIKAN' PAS jauh lebih rendah dengan 'action' kebajikan paderi kristian DAP. Demi keamanan negara dan menjaga rakyat Malaysia tidak kira bangsa maka amatlah wajar kerajaan yang diterajui UMNO memandang serius perkara ini. Banyak pemimpin2 politik kadang2 buat program dan sedekah tak banyak mana tapi heboh satu kampung. Semua pihak tidak boleh menunding jari menyalahkan satu sama lain kerana ini ada lah tanggung jawab bersama.

Saturday 6 August 2011

Siapa Berkuasa Dia Tulis Sejarah.

Asal nama SINGAPURA berasal dari pekikan pedagang pedagang India dan penduduk Pulau Temasik.
Lebih kurang begini lah....

Penduduk Temasik  menjerit "Hoi para pedagang, singgahlah sini dulu!" "Marilah singgah, singgahlah dulu, singgahlah! Singgah! Singgah! Singgah...!"
"SINGGAH! SINGGAH! SINGGAH!" Demi terdengar sahaja kepada para pedagang India maka marahlah mereka lalu membalas tempikan. "Cit porrah!"
Akhirnya berbalas tempikan antara mereka. Apabila penduduk Temasik bertempik "singgah" maka dijawab pula oleh pedagang pedagang India "Porrah".

Kebetulan pula Parameswara yang ketika itu baru sahaja mendarat di pulau itu kerana melarikan diri dari Palembang telah menyaksikan peristiwa berbalas tempik itu. Baginda yang masih belum tahu nama pulau itu, demi terdengar sahaja tempikan singgah dan dibalas dengan porrah itu terus menamakan pulau itu sebagai Singgah Porrah atau dikenali sekarang sebagai Singapura.

Cerita kelakar tersebut membawa maksud barang siapa yang berkuasa maka dia yang akan menulis sejarah. Cerita cerita pahlawan Melayu dan asal usul Singapura kalau kita ke Pulau Sentosa di Singapura telah diubahsuai mengikut kerajaan yang berkuasa.

SEBAB ITU DI MALAYSIA PUN KALAU NAK TUKAR SEJARAH SEPERTI SEJARAH KEBURUKAN DAN KEAIBAN DIRI, YANG MUSTAHAK SEKALI KENA AMBIL ALIH KUASA DENGAN APA CARA SEKALI PUN. BIAR PUN BANGSA SENDIRI DI ADU DOMBA. YANG MUSTAHAK JADI YANG BERKUASA. 

Tuesday 2 August 2011

TIKAM BELAKANG

Dol Said Pahlawan Melayu Melaka

Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir di sejarah Melaka. Beliau kemudiannya diberi gelaran Penghulu Dol Said. Beliau telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.
Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Semua penduduk terutama bangsa Melayu menghamburkan pelbagai pujian terhadap keberanian beliau selaku pemimpin yang menegakkan hak-hak orang Melayu.

Bagaimanapun, yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati, sekali lagi bertindak melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah mereka yang kononnya tercalar, sekitar tahun 1982. Dan pertempuran kali ini telah memihak kepada penjajah.

Pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu, akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera mereka seperti dijanjikan kepada Naning.Pada masa yang sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan tulang babi dan anjing kekawasan sempadan Naning.
Oleh yang demikian, berakhirlah kerajaan naning pada 1832 setelah sekian lama bertahan dari serangaan Portugis, Belanda dan British. Kekalahan mereka bukan kerana pihak asing tetapi oleh kerana bangsa sendiri yang menikam dari belakang.

Monday 1 August 2011

HINDRAF = LTTE

LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) adalah pertubuhan pendatang Tamil di Sri Langka yang mahu diiktiraf Bumiputera setanding dengan pribumi disitu iaitu kaum Singhala. Jumlah mereka 18% daripada 20 juta penduduk Sri Langka. Apabila tidak diiktiraf, mereka tubuh kumpulan pendesak dan selepas itu bertukar menjadi kumpulan pengganas Tamil Tigers. Pada 30/10/1990 mereka halau umat Islam di semenanjung Jaffna dan mereka terlibat dengan pembunuhan ramai umat Islam di Masjid Matara. Modes operandi LTTE adalah  sama macam HINDRAF di Malaysia yang hari ini adalah kumpulan pendesak dan tidak mustahil akan bertukar menjadi kumpulan pengganas. Sokongan kepada HINDRAF tak ubah seperti menggorek liang lahat sendiri.

JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR BASI!!!!

Sunday 31 July 2011

SEBAB MADU SETITIK

oouuwww ... sakit ... sakit ....
Semasa dirumah petang semalam, waktu menonton TV aku tune-in ke salah satu saluran Astro, siaran cerita kanak-kanak - kartun Malaysia. Aku terus menonton walaupun cerita kanak-kanak, cerita menarik.
Alkisah di sebuah negeri, rajanya sedang bersantap ditemani seorang pembesar negeri. Sewaktu santap, setitik madu tertumpah atas meja, 'biar patik sapu madu yang tertumpah tuanku', sembah pembesar.
'Ooo tak perlu, nanti dayang akan bersihkan meja'.
Mereka terus menjamu selera. Tiba-tiba datang Sang Lalat lalu terus hinggap diatas madu yang tertumpah dan setelah menghisap madu lalu mahu berlalu pergi. Akan tetapi seekor pemangsa, Sang Cicak telah pun menunggu. Cicak terus menjelirkan lidahnya yang panjang lalu menangkap dan menelan Sang Lalat. Sebaik sahaja lalat ditelan, tiba-tiba Sang Cicak diterkam dan ditangkap oleh Pak Misai Si Kucing. Semua ini diperhatikan oleh raja dan pembesar.
Sewaktu Pak Misai menggongong membawa pergi Sang Cicak, datang pula seekor anjing mahu merebut cicak di mulut Si Kucing, maka berlakulah pergelutan diantara mereka.
'Perlukah patik leraikan mereka tuanku', sembah pembesar.
'Tak perlu, tak perlu, biarkan, nanti berhentilah mereka'.
Kemudian datang tuan kucing lalu memukul si anjing. Tuan anjing rupanya berada tidak jauh dari situ. Melihatkan anjingnya dipukul, tuan anjing meluru menyerang tuan kucing. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka.
'Nak leraikan mereka tuanku?', sembah pembesar lagi.
'Oh, jangan-jangan, tak payah, nanti berhentilah mereka'.
Pergaduhan antara keduanya telah dilihat oleh para pengawal istana dan juga orang-orang kampung. Pengawal terus meluru untuk meleraikan pergaduhan. Melihatkan keadaan tersebut, orang kampung menyangka pengawal hendak menyerang dan menangkap rakan mereka yang sedang bergaduh. Lalu merekapun meluru untuk menyekat pengawal-pengawal. Maka berlakulah pertempuran diantara mereka. Ramailah yang mati dan cedera. Rumah-rumah berdekatan termasuk istana raja telah dibakar!
Melihatkan keadaan tersebut, raja pun bersedih sambil berkata, 'kerana madu setitik .....
kalaulah dibersihkan madu yang tumpah, tidak berlakulah malapetaka ini!'.
THE MORAL OF THE SIMPLE STORY IS .......

Saturday 30 July 2011

UNTA MINTA KHEMAH

Al kisah mengenai seekor unta dan tuannya ditengah tengah gurun. Tiba waktu malam mereka pun bermalam dalam suasana yang amat kesejukan. Setelah mendirikan khemah maka tuan unta pun tidor didalam khemah itu dan unta tidor diluar. Menjelang tengah malam unta kesejukan dan mengadu kepada tuannya, tuannya benarkan unta itu utk masukkan hanya kepala ke dalam khemah, lepas itu unta kata badannya sejuk pula dan tuan nya suruh masukkan badan ke dalam khemah, lepas itu pungkoq pula sejuk dan tuannya suruh masukkan pungkoqnya, akhir nya unta itu dapat masuk tidur terus dengan tuannya. Menjelang pagi yang tinggal dalam khemah itu hanya unta itu saja ......jadi dimana tuannya.?  kena tendang?
UNTA MINTA KHEMAH LEBIH TERUK DARIPADA BELANDA MINTA TANAH.