jombalun.blogspot.com

Wednesday 26 October 2011

Nasonalis itu murtad tapi tafakur lilin membawa berkat

Nik Aziz berkata golongan nasionalis turut sama murtad kerana golongan yang memperlekehkan Agama Islam. Apa pun sebelum itu perlu kita hayati sejarah apabila Anwar Ibrahim terang terang mengaku bahawa dia adalah nasionalis melayu yang perjuangkan melayu dan agama islam, jadi apakah Anwar Ibrahim sebelum ini murtad, kalau sudah murtad apakah masih lagi diterima oleh PAS.

Perbuatan perbuatan yang terang terang melanggar Hukum Islam seperti bekas MB Perak Nizar yang bertafakur menghormati Teoh Beng Hock dengan memegang lilin tidak pernah dikatakan tidak betul oleh Nik Aziz. Kesan daripada perbuatan itu telah menjadi ikutan pelajar pelajar UIA bila mana semalam mereka menjadikan lilin sebagai tanda bertafakur menyokong Aziz Bari di UIA.

Sebagai seorang Islam teguran harus dibuat kepada semua jika melakukan kesalahan dalam hukum Islam dan bukan pilih bulu kerana strategi politik.

PAS masih lagi memegang prinsip ' BOLEH BUAT APA SAJA DLM POLITIK KERANA ITU DIKIRA STRATEGI DLM PEPERANGAN ' termasuk menukar hukum hukum ugama dan keluarkan fatwa sesuka hati mengikut cuaca dan ketika.

No comments:

Post a Comment

Kalau tuan-tuan nak komen, komen le cara berhemah noo ....