 |
| David Copperfield ahli magik yg diminati oileh Mat Sabu 121. |
Sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Lain pula sambutan buat parti parti politik Malaysia yang sukakan kekacauan dan mahu negara ini huru hara.
Bagi PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu 121 dah jadi seorang yang pelupa. Lupa kenderaan polis mana yang dikata langgar dia kejap landrover kejap Waja, Lupa yang dia kata komunis itu perjuangannya, Lupa apa yang dia mencarut dengan Norma dalam perbualan talipon yang ada dlm U Tube sekarang. Ada pula ungkapan bukti besi, tapi kalau kena kat kaum keluarga sendiri baru bukti besi tu boleh pakai.
Bagi DAP, Meraikan harijadi Lim Kit Siang dengan pemimpin pemimpin Singapura, juga meraikan ISA yang bakal dihapuskan di Malaysia. Juga agaknya meraikan ISA yang dikekalkan di Singapura agar dapat satu hari dicontohi mereka andaikata mereka berkuasa. Manoharan pula mula dah kata bendera Malaysia di ciplak dari Amerika & malu dengan negara sendiri, maklumlah dah dekat nak dibuang ISA maka bebaslah dia nak berkata apa pun.
Bagi KeAdilan pula, Anwar teringat 16 sept yang tak jadi, malam tadi ceramah dia di Stadium Bandaraya tak sampai pun 400 hadir. Guan Eng pun tak jadi pergi jadi tinggallah Anwar dan Husam saja.
Anwar berucap meleret tak ada mood. agak duk teringat sandal dan baju yang dia pakai kat kondo dengan china doll nak sembunyikan kat mana, jam Omega yang ditemph pun tak siap siap lagi. Dia duk tanya tanya video kat lobi bila pula nak keluar.
Bagi BN pula, berita PM umum nak hapuskan ISA ada yang sokong ada yang tidak. Yang sokong tu kebanyakannya mungkin yang ada jawatan, maklumlah dekat dekat pilihanraya ini, takut takut tak jadi calon. Yang tak sokong pun ada, masakan tidak, dulu disuruh pertahankan ISA sekarang lain pula jadi nya. Ada yang print banyak T Shirt, sticker YES TO ISA NO TO BERSIH, kat mana nak buang T shirt dan Sticker tu??.
In Politic Everything is Possible!!!!
David Copperfield hari jadinya 16 sept, ingat panggil dia datang buat Magik dengan parti parti politik di Malaysia. Bagi hilang semua kah...kah...kah..