jombalun.blogspot.com

Sunday 31 July 2011

SEBAB MADU SETITIK

oouuwww ... sakit ... sakit ....
Semasa dirumah petang semalam, waktu menonton TV aku tune-in ke salah satu saluran Astro, siaran cerita kanak-kanak - kartun Malaysia. Aku terus menonton walaupun cerita kanak-kanak, cerita menarik.
Alkisah di sebuah negeri, rajanya sedang bersantap ditemani seorang pembesar negeri. Sewaktu santap, setitik madu tertumpah atas meja, 'biar patik sapu madu yang tertumpah tuanku', sembah pembesar.
'Ooo tak perlu, nanti dayang akan bersihkan meja'.
Mereka terus menjamu selera. Tiba-tiba datang Sang Lalat lalu terus hinggap diatas madu yang tertumpah dan setelah menghisap madu lalu mahu berlalu pergi. Akan tetapi seekor pemangsa, Sang Cicak telah pun menunggu. Cicak terus menjelirkan lidahnya yang panjang lalu menangkap dan menelan Sang Lalat. Sebaik sahaja lalat ditelan, tiba-tiba Sang Cicak diterkam dan ditangkap oleh Pak Misai Si Kucing. Semua ini diperhatikan oleh raja dan pembesar.
Sewaktu Pak Misai menggongong membawa pergi Sang Cicak, datang pula seekor anjing mahu merebut cicak di mulut Si Kucing, maka berlakulah pergelutan diantara mereka.
'Perlukah patik leraikan mereka tuanku', sembah pembesar.
'Tak perlu, tak perlu, biarkan, nanti berhentilah mereka'.
Kemudian datang tuan kucing lalu memukul si anjing. Tuan anjing rupanya berada tidak jauh dari situ. Melihatkan anjingnya dipukul, tuan anjing meluru menyerang tuan kucing. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka.
'Nak leraikan mereka tuanku?', sembah pembesar lagi.
'Oh, jangan-jangan, tak payah, nanti berhentilah mereka'.
Pergaduhan antara keduanya telah dilihat oleh para pengawal istana dan juga orang-orang kampung. Pengawal terus meluru untuk meleraikan pergaduhan. Melihatkan keadaan tersebut, orang kampung menyangka pengawal hendak menyerang dan menangkap rakan mereka yang sedang bergaduh. Lalu merekapun meluru untuk menyekat pengawal-pengawal. Maka berlakulah pertempuran diantara mereka. Ramailah yang mati dan cedera. Rumah-rumah berdekatan termasuk istana raja telah dibakar!
Melihatkan keadaan tersebut, raja pun bersedih sambil berkata, 'kerana madu setitik .....
kalaulah dibersihkan madu yang tumpah, tidak berlakulah malapetaka ini!'.
THE MORAL OF THE SIMPLE STORY IS .......

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

    ReplyDelete

Kalau tuan-tuan nak komen, komen le cara berhemah noo ....