oouuwww ... sakit ... sakit .... |
Alkisah di sebuah negeri, rajanya sedang bersantap ditemani seorang pembesar negeri. Sewaktu santap, setitik madu tertumpah atas meja, 'biar patik sapu madu yang tertumpah tuanku', sembah pembesar.
'Ooo tak perlu, nanti dayang akan bersihkan meja'.
Mereka terus menjamu selera. Tiba-tiba datang Sang Lalat lalu terus hinggap diatas madu yang tertumpah dan setelah menghisap madu lalu mahu berlalu pergi. Akan tetapi seekor pemangsa, Sang Cicak telah pun menunggu. Cicak terus menjelirkan lidahnya yang panjang lalu menangkap dan menelan Sang Lalat. Sebaik sahaja lalat ditelan, tiba-tiba Sang Cicak diterkam dan ditangkap oleh Pak Misai Si Kucing. Semua ini diperhatikan oleh raja dan pembesar.
Sewaktu Pak Misai menggongong membawa pergi Sang Cicak, datang pula seekor anjing mahu merebut cicak di mulut Si Kucing, maka berlakulah pergelutan diantara mereka.
'Perlukah patik leraikan mereka tuanku', sembah pembesar.
'Tak perlu, tak perlu, biarkan, nanti berhentilah mereka'.
Kemudian datang tuan kucing lalu memukul si anjing. Tuan anjing rupanya berada tidak jauh dari situ. Melihatkan anjingnya dipukul, tuan anjing meluru menyerang tuan kucing. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka.
'Nak leraikan mereka tuanku?', sembah pembesar lagi.
'Oh, jangan-jangan, tak payah, nanti berhentilah mereka'.
Pergaduhan antara keduanya telah dilihat oleh para pengawal istana dan juga orang-orang kampung. Pengawal terus meluru untuk meleraikan pergaduhan. Melihatkan keadaan tersebut, orang kampung menyangka pengawal hendak menyerang dan menangkap rakan mereka yang sedang bergaduh. Lalu merekapun meluru untuk menyekat pengawal-pengawal. Maka berlakulah pertempuran diantara mereka. Ramailah yang mati dan cedera. Rumah-rumah berdekatan termasuk istana raja telah dibakar!
Melihatkan keadaan tersebut, raja pun bersedih sambil berkata, 'kerana madu setitik .....
kalaulah dibersihkan madu yang tumpah, tidak berlakulah malapetaka ini!'.
THE MORAL OF THE SIMPLE STORY IS .......