Setelah lama meneliti situasi ini, aku terpanggil utk blog ttg isu ini. Jika pendatang dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, China, dan lain-lain boleh hidup selesa di Tanah Melayu tercinta ini dan bila kembali ke negara asal dpt hidup senang drp hasil yg diperolehi di negara ini tapi KENAPA masih ramai orang MELAYU kita yg masih hidup didalam keadaan susah dan terpaksa meminta-minta untuk sesuap nasi - ibu tunggal, fakir dan ramai lagi yg entah apa istilahnya. Tidak dinafikan ramai MELAYU yg membantu tetapi masih ramai lagi yg ada. Sedih aku lihat bangsa aku yg terpaksa hidup meminta-minta.
Dan juga aku lihat banyak pertubuhan Islam (Maahad Tahfiz, Pertubuhan/Persatuan Islam dan banyak lagi) yg existence nya hanya atas dasar bantuan, sumbangan, derma dr khalayak Muslimin Muslimat. Mungkin ada tetapi tidak pernah pula aku terjumpa pusat-pusat agama lain menggunakan kanak-kanak di serata R&R lebuhraya, di kawasan mesin ATM bank-bank, dan lain-lain lokasi strategik untuk memungut derma dan sumbangan!!! Kalau pertubuhan kristian, buddhist dan hindu kebanyakan kewujudannya bukan untuk meminta tapi memberi, termasuk memberi kpd orang Islam yg terpaksa meminta! Kita kerap bercerita ttg organisasi kristian yg kaya dan banyak menjalankan aktiviti dakwah melalui mubaligh-mubalighnya yang terlatih dan dibekalkan dengan sumber kewangan yang lebih dari mencukupi. Bagaimana pula kita, yang Melayu Islam ini? Setahu aku Pusat-Pusat Urus Zakat (PUZ) tidak kurang kayanya, mempunyai bangunan-bangunan yang tersergam indah! Kalau tidak keterlaluan aku kata, mungkin jika kantong semua PUZ dikumpulkan tahun demi tahun, angkanya mungkin sampai ke billion ringgit! Bagaimana itu semua diuruskan tidak mahu aku bincangkan, semua yang dilantik adalah bijak pandai dan yang berpendidikan agama tinggi, tapi mungkin kita perlukan juga orang pengurusan yang berkredibiliti tinggi untuk duduk bersama didalam PUZ. Tidak guna jika kita cuma berikan sumbangan dan bantuan, itu semua akan habis dan perlu diberikan lagi - lebih baik ajar mereka cara menangkap ikan daripada diberikan ikan yang telah siap ditangkap.
Sempena bulan yg mulia ini, aku masih melihat hal-hal ini, sedih dan terpukul rasanya aku sebagai Melayu dan Islam. Apa yg boleh kita lakukan? Lebih banyak beretorik, berpolimik dan berpolitik? Itukah caranya Melayu Islam dpt dibantu dan dinaikkan statusnya???????? Wallahualam.