jombalun.blogspot.com

Monday 21 May 2012

SELEPAS PRU 13 KITA PERANG SAUDARA


Lepas PRU 13 kita perang saudara

Dulu kita ada terdengar cerita mengenai ketua kaum cina pergi berjumpa dengan bomoh siam untuk menilik jika terjadi pergaduhan antara melayu dan cina siapa akan menang? jawab bomoh siam orang melayu akan menang dan ini terbukti apabila terjadi 13 Mei dan telah memberi kelebihan kepada orang orang melayu.

Sekarang kedengaran pula ketua kaum cina telah pergi berjumpa bomoh siam untuk menilik jika terjadi pergaduhan antara melayu dan cina siapa akan menang? jawab bomoh siam mula mula melayu UMNO akan menang tapi tak lama kerana melayu PAS/PKR akan menang pula, itu pun tak lama kerana cina DAP akan mengalahkan semua melayu daripada UMNO/PAS/PKR dan bangsa cina akan menang bergaya dengan jangka masa yang lama di bumi Malaysia.

Tilikan bomoh siam ini mungkin betul kerana dalam PRU 13, melayu BN iaitu UMNO akan menang, namun yang pasti melayu PAS/PKR akan membuat huru hara dalam negara. Apabila terjadi huru hara maka pihak polis dan tentera akan berpihak kepada melayu BN/UMNO, ini akan menyebabkan DAP memohon Singapura dan Amerika masuk campur untuk pilihanraya semula kononnya untuk keadilan.

Maka akan ujudlah kerajaan boneka di Malaysia. seperti di Mesir, Iraq, Syria dan Libya yang memberi kesempatan kepada Amerika untuk masuk campur dalam kancah perbalahan didalam negeri negeri islam itu. Yang pasti negara itu akan menuju kearah kehancuran, miskin dan papa kedana kerana perang saudara.